berita

Tinggal Anak Di Stesen Minyak Sebab Terlampau Nakal, Bila Polis Siasat…

October 1st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di Twitter apabila seorang individu kongsi foto wajah seorang kanak-kana lelaki berjaket merah yang mengalami luka di bahagian kiri wajah.

Kejadian tersebut mendapat perhatian ramai orang yang rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak berusia 8 tahun itu. Mereka juga menjumpai sepucuk surat yang dipercayai ditulis oleh ibu kandung mangsa.

Diabaikan kerana anak terlalu nakal

Pada hari Ahad lalu, 27 September pada jam 9 malam, penduduk telah menemui seorang kanak-kanak di bawah umur yang duduk di sebuah stesen minyak di tepi jalan di Desa Palas, Kabupaten Pangkalan Kuras, Kabupaten Pelalawan. Selain kanak-kanak, penduduk juga menemui sepucuk surat yang dipercayai ditulis ibunya.

Nak, maaf mama ya terpaksa saya tinggal kan kamu di jalan, krn saya tidak sanggup melihat kamu menderita atau tersiksa karna kebandelan(nakal) mu, setiap hari kamu bikin masalah. Maafin mama nak. jaga dirimu baik-baik, ya.

Dalam surat tersebut, ibunya memohon maaf kerana meninggalkan ditepi jalan kerana tidak sanggup menjaga anaknya yang terlalu nakal. Penduduk sekitar kemudian membawa kanak-kanak itu ke rumah ketua kampung setempat. Wajah kanak-kanak tersebut turut dilihat mempunyai luka dan disyaki didera oleh ibu bapanya.

Selepas disiasat dan menyoal kanak-kanak tersebut, dia mengakui bahawa dia didera oleh bapa kandungnya. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis Pelalawan Edy Haryanto, pihaknya sudah memanggil ibu bapa serta mereka yang mempunyai kaitan dengan kanak-kanak itu untuk disiasat polis Pangkalan Kuras.

Anak suka mencuri

Selain diabaikan, polis juga menyiasat punca penderaan itu berlaku. Menurut laporan, ibu bapa tersebut tinggal di kuarters syarikat bersama 6 orang anak masih kecil. Berdasarkan keterangan ibu bapanya, kanak-kanak ini berusia lapan tahun didakwa suka mencuri menyebabkan dia memukul kanak-kanak itu.

Tindakan kekerasan dan pengabaian bukan perkara wajar berlaku terhadap kanak-kanak bawah umur. Jadi, mereka yang berkaitan akan disiasat.

Dari hasil siasatan, ayah kandung mangsa mengaku memukul anaknya sendiri kerana sebelum ini mangsa memukul dua adiknya. Dia mendakwa melihat dua adiknya luka sejurus pulang dari kerja menyebabkan dia bertindak demikian. Bapa mangsa mengaku  memukul mangsa dengan kerusi kayu dan mengepit mangsa dengan playar.

Setelah meletakkan kerusi itu, dia kemudian mengambil playar lagi dan memukul wajah anaknya sehingga dia cedera ekoran tidak dapat mengawal emosinya. Malah bapa mangsa turut mengambil kapak di bawah meja sambil mengancam ingin memotong kaki anak itu sekiranya dia meninggalkan rumah.

Dijaga oleh Ketua Polis

Tidak tahan dengan kejadian itu, ibu kandung mangsa menghalang perkara itu lalu membawa anaknya pergi meninggalkan suaminya di Desa Palas, Kabupaten Pangkalan Kuras. Dia meninggalkan mangsa  di stesen minyak dengan sepucuk surat yang viral di media sosial itu.

Dan kini kanak-kanak terbabit dijaga oleh Ketua Polis Pelalawan, AKBP Indra Wijatmiko. Ketua polis Pelalawan mendapat hak penjagaan selepas perbincangan bersama keluarga kanak-kanak terbabit dan Pejabat Pelindung Wanita dan Anak-anak Pelalawan (PPA).

Ketua polis bersedia menjaga anak itu, kerana anak itu mempunyai masa depan yang panjang. Sekarang anak itu sudah berada di kediaman rasmi ketua polis. Ibu bapa tidak mahu lagi menjaga anak itu, buktinya adalah bahawa anak itu ditinggalkan di Desa Palas, Kabupaten Pangkalan Kuras.

Anak itu juga akan didaftarkan di sekolah rendah (SD) oleh Ketua Polis Pelalawan. Buat masa ini, mangsa sedang menjalani pemulihan psikologi kerana dia masih trauma akibat diseksa oleh ayah kandungnya.

Sekarang Ketua Polis berusaha untuk memulihkan psikologi kanak-kanak itu, termasuk merawat luka di tubuhnya.

Sumber : Kompas, Harian Metro

SKIP THIS AD ×