Stacey Davis, suspek
Seorang ibu di London dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana meninggalkan bayinya sendirian di dalam bilik suhu panas sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia pada tahun 2018.
Mak tinggal anak dalam bilik panas
Ethan Davis, mangsa
Suspek, Stacey Davis yang berusia 35 tahun itu dikatakan meninggalkan bayinya, Ethan Davis, satu tahun di dalam katil bayi selama dua jam dengan suhu bilik 27 darjah Celcius. Suspek bahkan meninggalkan mangsa dalam keadaan pintu dan tingkap bilik tertutup. Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek dengan selambanya keluar bersia-siar tanpa menghiraukan keadaan anaknya di rumah.
Selepas 30 minit pulang dari bersiar-siar, dia melihat anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia yang panik kemudian membawa anaknya ke hospital, namun disahkan meninggal dunia. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang sepanjang 15 sentimeter. Namun semasa soal siasat, suspek mendakwa kepala anaknya itu retak dihempap pintu.
Semasa perbicaraan baru-baru ini, suspek mengaku bersalah melakukan kekejaman terhadap anaknya dan akhirnya dijatuhi hukuman penjara dua tahun.
Sumber: Independent UK, Mirror UK