berita

Tinggal Nota Terakhir Sebelum Mati, Pelakon Tertekan Jadi Mangsa ‘Gangguan’ Jiran

October 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Vaishali Thakkar ditemui maut dipercayai membunuh diri di kediamannya di bandar Indore, sekitar 12.30 tengah hari pada hari Ahad yang lalu.

Tertekan diganggu jiran

Foto: Nota terakhir yang ditinggalkan

Menerusi nota terakhir yang ditinggalkan, Vaishali dipercayai mengalami tekanan perasaan kerana sering diganggu oleh jirannya yang bernama Rahul Navlani. Berikutan daripada itu, pelakon berusia 29 tahun tersebut bertindak menggantung diri. Menurut pihak polis, Vaishali bakal berkahwin dengan teman lelakinya tidak lama lagi. Namun, Rahul sering menganggu kehidupannya sehingga satu tahap wanita itu berasa tertekan.

Rahul merupakan jiran Vaishali. Berdasarkan nota yang ditinggalkan, pelakon tersebut sanggup mengambil langkah ekstrem membunuh diri gara-gara tidak tahan dengan sikap Rahul.

Setakat ini, pihak polis giat mencari Rahul bagi membantu siasatan. Lelaki tersebut dipercayai melarikan diri selepas kejadian berkenaan berlaku.

Sumber: Hindustan Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×