berita

Tinggal Solat Jumaat 3 Kali Berturut-Turut Masuk Neraka? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Mohamad

April 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semua sedia maklum bahawa hukum meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebab uzur akan ditutup oleh Allah SWT pintu hati mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad telah memberi pencerahan tentang meninggalkan solat jumaat selama 3 kali berturut-turut menerusi akaun rasmi Twitter miliknya. Hal ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar kerajaan termasuk dengan larangan menunaikan solat jumaat dalam tempoh PKP ini.

Ganti dengan solat Zuhur

Menurutnya, bila adanya uzur syarie boleh dibatalkan. Uzur syarie bermaksud sakit. Jika sesiapa yang sakit dan tidak menunaikan solat Jumaat, mereka tidak berdosa. Jadi wabak yang dianggap satu penyakit ini turut termasuk dalam kategori uzur. Walau bagaimanapun, seseorang yang berniat untuk solat Jumaat ketika ini turut diberi pahala dan terus menunaikan solat Zuhur. Tambahnya lagi, semua umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat hajat selepas menunaikan solat Zuhur agar memohon wabak ini dapat ditamatkan.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad

 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×