berita

Tinggalkan Set Kuntilanak Ciliwung, Eina Azman Dedah Isu Timbul Kerana Disuruh Lakon Aksi Panas

March 12th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Eina Azman

Kalau sebut nama Eina Azman, pasti teringat akan kontroversi kisah percintaannya dengan seorang pelakon muda, Afiq Muiz yang pernah menjadi topik perbualan hangat satu ketika dulu.

Terbaru, timbul pula isu Eina meninggalkan set penggambaran filem usahasama Malaysia-Indonesia, berjudul ‘Kuntilanak Ciliwung’ selepas berlakunya pertengkaran antara dia dan penerbit filem tersebut.

Menurut laporan Malaysian Digest, Eina dikatakan berang setelah permintaannya untuk kembali ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak ditunaikan. Namun, lebih memeranjatkan apabila Eina mendakwa dirinya bukan sahaja tidak diberi kontrak, malah turut diminta melakonkan aksi ranjang.

Eina Azman

Okay sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan pengggambaran. Saya bekerja di negara orang, kalau apa-apa jadi, siapa yang mahu bertanggungjawab dan apa jaminan saya.

Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi di atas katil. Berdasarkan skrip saya, saya perlu melakonkan babak-babak tersebut.

Nampaknya, Eina benar-benar berang dengan tindakan produksi filem tersebut dan berjanji akan mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan situasi sebenar.

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Ratu The Movie’ ini enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana bimbang disalah tafsir oleh pihak lain.

Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut salah cakap lagi nanti saya yang kena teruk. Jadi saya tak mahu komen apa-apa.

Sementara itu, Eina kini sudah melantik Usop Wilcha sebagai perunding yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

SKIP THIS AD ×