berita

Guna Sabun Lux Rose Untuk Baju Kekal Putih, Tak Perlu Sental Pun!

November 19th, 2018 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Baju putih kebiasaannya akan cepat kotor dan menjadi kuning apabila kerap dibasuh. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan sabun peluntur untuk menghilang kotoran. Sebagai alternatif, ada ibu-ibu menggunakan pewarna nila untuk mengembalikan warna tersebut namun lama kelamaan baju bertukar ‘lebam’.

Di Facebook, perkongsian wanita ini mengenai cara terbaik membasuh baju putih mendapat lebih 8k perkongsian. Tak payah guna jenama sabun mahal pun!

Guna sabun lux rose

Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.

Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So….. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse² menjaga uniform untuk sentiasa putih?

Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara² nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak² sekolah nanti.

Parut sabun dan rendam bersama baju selama satu malam

Tak perlu sental

Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.

Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa… Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental…

Sumber : Leena Hassan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×