berita

Tips Beli Rumah Tak Payah Bayar Ansuran Bulanan Untuk Korang Yang Bergaji Rendah

March 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kewangan & Pelaburan

Nilai hartanah yang sangat tinggi pada hari ini menyebabkan segelintir masyarakat terpakasa melupakan impian untuk memiliki rumah idaman. Saban tahun masyarakat dimomokkan dengan nilai pasaran hartanah yang dijangkan akan turun namun ia berlaku sebaliknya.

Sudahnya, menyewa jela sampai bila-bila. Mana tidaknya, rumah berkeluasan 700 kaki persegi di tengah ibu kota Kuala Lumpur mampu mencecah RM300,000!  Menerusi Twitter Gila Hartanah, seseorang yang bergaji kecil sebenarnya mampu membeli rumah dengan mengikuti beberapa tips ini.

Analisa kewangan diri

Buat analisa kewangan anda di bank berdekatan untuk mengetahui nilai kredit diri anda seterusnya mengukuhkan lagi proses pembelian rumah anda.

Bagi bukti pada pihak bank

Buat persediaan awal dengan membuktikan wang simpanan anda kukuh. Kemukakan bukti caruman ASB atau Tabung Haji anda setiap bulan. Hal ini dapat memberi kepercayaan kepada pihak bank tentang kemampuan anda membayar komitmen setiap bulan.

Jaga DSR dan langsaikan PTPTN

Bagi sesiapa yang mempunyai pinjaman PTPTN, anda digalakkan untuk membayar baki pinjaman anda sebelum membeli rumah. Seterusnya, pastikan nilai hutang diri anda tidak melebihi 60% dari gaji anda.

Pilih bajet rumah anda

Pilih rumah berdasarkan anggaran kasar yang mampu anda simpan setiap bulan. Nilai yang anda mampu untuk menyimpan setiap bulan perlu di darab dengan 200 bagi menentukan nilai rumah yang sesuai dengan kewangan anda.

Bayar ansuran tanpa guna duit sendiri

Terdapat cara di mana anda boleh membeli rumah tanpa perlu membuat bayaran bulanan iaitu dengan cara menyewakan bilik lain di dalam rumah. Beli rumah di kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi bagi membolehkan anda menyewakan bilik lain di dalam rumah.

Dengan cara ini, anda mampu membayar bulanan rumah kepada pihak bank dengan hanya menggunakan duit sewa yang dibayar penyewa. Ini yang dimaksudkan dengan tak perlu bayar duit ansuran bulanan menggunakan duit sendiri.

Buat perjanjian sewa

Sediakan perjanjian sewa beserta setem LHDN. Biarkan selama 6 bulan proses kemasukkan duit selama 6 bulan dan seterusnya anda boleh mencari rumah ke dua. Menyewakan bilik rumah mampu menjana pendapatan tambahan anda.

Jangan ikut orang, ikut kemampuan diri

Ilmu, strategi dan pengorbanan perlu ada dalam diri setiap individu untuk membiakkan lagi ekonomi diri. Ada sesetengah yang lebih memilih untuk melabur dalam ASB dari melabur dengan hartanah. Itu adalah hak individu. Selagi diyakini, teruskanlah.

Beli yang mampu bukan yang mahu

Jadi, setiap individu perlu mencermin diri dan lihat kemampuan diri. Jangan sesekali mengikut orang. Bak kata pepatah melayu, ukur baju di badan sendiri.

Sumber: Gila Hartanah