berita

Tips Bercuti ‘Day Trip’ Ke Singapura Naik KTM, Lebih Jimat & Tak Perlu Hadap Jem!

February 4th, 2020 | by Shira
Travelogue

Bagi korang yang ‘kaki travel’ dan suka melancong ke nagara jiran, Singapura pasti pengangkutan seperti kapal terbang, bas ataupun kereta menjadi pilihan korang. Betul tak? Tapi sebenarnya, kalau korang nak tahu menaiki keretapi atau KTMB adalah salah satu inisiatif yang lebih mudah dan jimat. Yang paling penting, korang tak perlu hadap jem!

Seperti perkongsian seorang gadis, Fieza di laman Twitter menceritakan pengalamannya serta tips penting yang korang kena tahu sebelum bercadang untuk menaiki perkhidmatan keretapi bercuti ke Singapura.

5 minit je, dah sampai!

Kena isi borang putih

Menurut gadis ini, setibanya di imigresen korang perlu mendapatkan dan mengisi borang putih. Jika ada sebarang pertanyaan korang boleh direct tanya kepada pegawai imigresen yang bertugas di sana. Selepas selesai mengisi kesemua borang, korang perlu berjalan sedikit untuk sampai ke stesen MRT.

Pakai kad STP untuk pengangkutan

Tambahnya lagi, pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang ‘wajib’ digunakan dan sebab itu korang dinasihatkan untuk menggunakan kad STP. Jadi leboh mudah untuk korang bergerak menggunakan Basic Bas dan MRT. Apa yang menariknya kad ini adalah unlimited jadi korang boleh gunakan tanpa risaukan baki di dalammnya.

Laluan ferry dan cable car

Untuk pengetahuan korang, Sentosa Boardwalk ini terdapat dua jenis laluan iaitu ferry dan cable car. Jadi korang boleh pilih pengangkutan mana yang menepati citarasa korang!

Autowalk

Makanan di Singapura

Untuk day trip, korang juga dinasihatkan untuk membawa air mineral sendiri yang dibeli di Malaysia. Hal ini kerana, harga air mineral di Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding di Singapura. Jadi secara tidak langsung, boleh menjimatkan kos perbelanjaan di sana.

Dari MRT Bugis turun City Hall

Tips penting!

Better standby duit kecil

Akhir sekali, korang juga disarankan untuk menukar duit kecil dahulu sebelum masuk ke Singapura.

Sumber: Fieza1225