berita

Tips Bercuti Ke Pulau Perhentian Dengan Hanya RM160 Untuk 3 Hari 2 Malam

October 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Travelogue

Pulau Perhentian sentiasa menjadi pilihan buat mereka yang berhasrat untuk menghabiskan masa bercuti di dalam negara. Dengan keindahan pemandangan air biru yang jernih dan bersih, maka tidak dinafikanlah ramai daripada kalangan rakyat Malaysia dan orang luar sendiri memilih pulau itu sebagai destinasi untuk berseronok disamping merehatkan minda mereka.

Jadi, buat korang yang berhasrat untuk bercuti ke pulau itu nanti, jom baca tips dari Zyza Ismail ini yang berkongsikan pengalamannya ke pulau tersebut dengan hanya RM160 seorang untuk 3 hari 2 malam.

RM160 termasuk chalet tau!

https://www.facebook.com/100003538263783/videos/2210513162409938/?t=5

Budget yang Zyza habis cuma RM 160 sahaja termasuk chalet.

DAY 1
1pm: Sampai jeti naik boat (tiket boat pergi balik RM45 dapat harga paling murah ni standard harga RM60 keatas (nak nombor abang boat ni Pm Zyza).

2pm: Check-in D rock garden , Long beach (kalau korang Walkin) boleh dapat standard room double single, katil (RM100) yang bilik Zyza share so sorang RM 30 sahaja. Macam Zyza book dekat Agoda je. Drock ni elektrik 24 hours , sebelum check-in better tanya sebab ada yang 12 hours je elektrik.

4pm: Aktiviti berenang. (Zyza nak kasi tips muka Zyza banyak jerawat kecil-kecil rendam je muka dengan air laut , sekarang dah kecut tau. Part ni best) Boleh try = RM0

8pm: Show api (boleh tengok video Zyza da post sekali time show api, memang best and makan-makan). Makan nasi goreng kampung and teh ais RM20.

Total = RM95

Bawa makanan sikit dari rumah

DAY 2

10am: Start hiking sikit dekat kincir angin long beach (tengok view atas bukit so nampak la view laut yang sangat nice, dan hati jiwa raga semua tenang je) = RM0.

2pm: Naik boat makan seafood dekat kampung nelayan (seafood murah dekat sini) = RM 10. Zyza makan bapak sotong celup tepung, besar sangat kalau dekat Johor mau harga RM50 lebih, sini RM15 je (tapi nak ke kampung nelayan kena naik boat) Zyza panggil teksi (boat teksi) = RM15.

6pm: Aktiviti berenang lagi sekali rendam muka dekat laut. Balik Johor semua jerawat dah kecut best (tapi part ombak besar terminum air masin laut tak berapa best, masin sangat-sangat) =RM0.

8pm: Makan-makan dekat tepi pantai. Kalau nak jimat korang bawa maggi, roti, panadol (untuk yang mabuk atas boat nanti) = RM15.

Total = RM45

Ada tips berguna untuk perempuan

DAY 3

10am: Check-out dan aktiviti selfie-selfie untuk perpisahan reunion kali ni.

12pm: Sampai jeti kita makan dekat Jeti Besut je. Makan nasi campur and watermelon juice = RM10

Jadi keseluruhan total adalah RM160.

Nasihat Zyza untuk korang yang nak travel better bawa panadol lebih, lagi bagus bawa minyak panas sekali sebab lepas hiking di kincir angin tu dan berenang tu kaki Zyza sedikit bengkak. Satu lagi sebelum terlupa, bawa extension, senang ramai-ramai nak cas phone dan powerbank.

Last sekali bawa la pemanas air senang nak masak maggi bila lapar. Then tips untuk kaum hawa, better bawa baju yang tak payah iron dan tudung jenis tak payah iron senang. Lagipun pihak chalet tak sediakan iron tau. Kalau nak bawa sendiri, berat la sikit beg nanti.

Sumber: Facebook Zyza Ismail

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×