
Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza dan memahami sifatnya penting untuk memilih rutin penjagaan wajah yang sesuai agar kekal sihat dan berseri.
Artikel Berkaitan: Bawang Putih Disifatkan Penawar Semula Jadi, Beri Manfaat Kepada Kesihatan Sejak Dari Dahulu
Artikel Berkaitan: Air Mineral Atau Air Minuman Biasa: Mana Lebih Sesuai Untuk Kesihatan Anda?
Sebum menghasilkan minyak berlebihan

Kulit berminyak berlaku apabila kelenjar sebum di kulit menghasilkan minyak secara berlebihan.
Sebum berperanan penting dalam melindungi kulit, mengekalkan kelembapan semula jadi, serta bertindak sebagai lapisan pelindung daripada pencemaran dan kerengsaan luaran.
Namun, apabila penghasilan sebum terlalu banyak, kulit boleh kelihatan berkilat dan lebih mudah mengalami masalah seperti jerawat atau liang pori tersumbat.
Menurut Doctor On Call, bagi mengawal masalah kulit berminyak, penting untuk mengetahui cara mencuci muka dengan betul, kerana kaedah yang salah boleh menyebabkan kulit menjadi terlalu kering atau lebih berminyak.
Seterusnya, penggunaan toner amat penting bagi menyeimbangkan pH kulit sekitar 4.7 hingga 5.75 dan melindungi daripada bakteria.
Sekiranya, toner digunakan setiap hari, ianya boleh mengecilkan pori dan mengawal minyak berlebihan.
Selain itu, penggunaan astringent juga membantu menanggalkan sisa solekan yang masih tertinggal selepas mencuci muka.
Produk ini mengandungi kandungan alkohol dan bahan seperti salicylic acid yang efektif dalam mengawal minyak berlebihan dan merawat kulit berjerawat.
Namun, penggunaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan kulit kering atau iritasi. Oleh itu, disarankan untuk menggunakannya sekali sehari, sama ada pada waktu pagi atau malam, dan elakkan jika anda memiliki kulit kering, normal atau sensitif.
Penting guna pelembap muka

Serum adalah langkah efektif dalam rutin penjagaan kulit bagi mereka yang mengalami sebum berlebihan, kerana formulanya membantu mengecilkan pori dan mengawal pengeluaran minyak.
Produk ini digunakan selepas mencuci muka dan toner. Serum yang berkualiti biasanya mengandungi bahan seperti hyaluronic acid, salicylic acid, alpha hydroxy acid (AHA), atau vitamin C.
Hyaluronic acid khususnya membantu melembapkan kulit tanpa menambahkan kilauan minyak.
Namun, bagi yang memiliki kulit berminyak, sebaiknya elakkan dari menggunakan serum berasaskan minyak atau yang mengandungi ekstrak minyak bijian.
Di samping itu, pelembap muka juga penting walaupun memiliki jenis kulit berminyak, kerana kekurangan kelembapan boleh merangsang penghasilan sebum berlebihan dan menyebabkan liang pori tersumbat.
Pilih pelembap bersifat bukan komedogenik dan elakkan yang mengandungi mineral oil, cocoa butter, atau petroleum untuk memastikan kulit tetap sihat dan terhidrat tanpa menambah kilauan minyak.
Penggunaan clay mask juga merupakan langkah yang boleh diambil bagi mengawal kulit berminyak dengan menyerap lebihan minyak pada wajah.
Kulit berminyak cenderung menahan sel kulit mati, yang boleh menyumbat liang pori.
Dengan menggunakan produk exfoliate, ianya mampu menyingkirkan sel kulit mati, mengurangkan minyak berlebihan, dan mengecilkan pori.
Pilih produk yang mengandungi alpha atau beta hydroxy acid, dan lakukan exfoliation dua hingga tiga kali seminggu sahaja untuk mengelakkan iritasi atau kerosakan kulit.
Sumber: Doctor On Call








