berita

Tips Berpuasa Untuk Penghidap Diabetes! Jom Ikut Cara Ni Guys!

April 8th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Bulan puasa dah tiba! Ha mesti ramai yang dah excited nak sambut bulan Ramadan tahun ni kan? Dah siap-siap cari apa-apa resepi untuk berbuka dan sahur nanti. Tapi, excited tu excited juga untuk yang mempunyai sebarang penyakit pun kena bersedia dengan segala kemungkinan.

Seperti yang kita tahu, kebanyakan penghidap diabetes menghadapi cabaran sewaktu berpuasa seperti hipoglisemia (gula darah rendah) dan hiperglisemia (gula darah tinggi) apabila paras gula dalam badan mengalami turun naik, dan menyebabkan masalah seperti jantung berasa berdebar-debar, menggigil, pitam dan sebagainya ¹

Oleh tu, jom kita merujuk kepada beberapa tip praktikal yang boleh diamalkan oleh penghidap diabetes secara selamat bulan Ramadan ini.

Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang 2,3

Diet pada bulan Ramadan untuk mereka yang menghidap diabetes seharusnya tidak berbeza daripada diet harian yang seimbang. Kita kongsikan tip-tip panduan pemakanan Ramadan 

  1. Mengambil jumlah kalori harian yang mencukupi 1
  2. Termasuk karbohidrat berserat tinggi, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran pada waktu sahur dan iftar, elakkan pengambilan pencuci mulut yang terlalu manis 1,2
  3. Lewatkan waktu bersahur, sejurus sebelum bermulanya tempoh berpuasa 1,2
  4. Pilih snek yang lebih sihat (contoh: sepotong buah, segenggam kekacang atau sayur-sayuran) untuk dimakan antara hidangan makanan, ataupun memasuki formula khusus diabetes sebagai snek 1

Jangan risau, korang masih lagi boleh nikmati hidangan tersebut walaupun kurang manis. Macam resipi dalam video dekat bawah ni. 

Bubur Kacang Merah dan Rose Bandung!

Daging Rendang

Sayur Lodeh

Minum air secukupnya

Sebelum mula bulan Ramadan lagi korang kena latih diri untuk minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas air atau minuman tanpa gula 1,2 Dengan cara ini, badan akan kekal di tahap penghidratan yang mencukupi sepanjang hati walaupun sedang berpuasa?

Ketika berpuasa, cara mudah untuk kekal hidrasi ialah dengan:

  1. 1 gelas setelah bangun sahur.
  2. 1 gelas selepas sahur.
  3. 1 gelas saat berbuka puasa.
  4. 1 gelas setelah sholat maghrib.
  5. 1 gelas setelah makan malam.
  6. 1 gelas setelah sholat isya.
  7. 1 gelas setelah sholat tarawih.
  8. 1 gelas sebelum tidur.

Ambil formula yang boleh membantu mengawal paras gula korang

Selain dari memantau paras gula korang ketika berpuasa, korang juga boleh ambil minuman yang boleh bantu mengawal paras gula korang. Supaya korang dapat nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk tubuh badan dan seterusnya dapat mengekalkan kesihatan walaupun di bulan puasa.

Elakkan minum minuman sebarangan, pastikan ia merupakan formulasi khusus diabetes! Macam Glucerna ni!

Antara minuman yang boleh bantu anda untuk berpuasa dengan lebih mudah ialah Glucerna! Glucerna adalah formula khusus diabetes yang lengkap dan seimbang untuk individu yang menghidap diabetes menjaga paras gula.

Korang juga boleh cuba cadangan makanan dari Glucerna ni. Senang tak payah nak fikir macam mana nak sertakan Glucerna dalam pelan makanan harian korang.

Glucerna lengkap dengan 35 nutrient yang lengkap dan seimbang untuk kesihatan korang!

Glucerna mengandungi 4x lebih tinggi Myo-Inositol dan Sistem Karbohidrat Unik yang dapat membantu mengawal paras glukosa, disokong dengan 35 nutrient yang lengkap dan seimbang nutrisi dan boleh dijadikan sebagai gantian makanan dan pengawalan berat badan 4

Malah, Glucerna juga dilengkapi dengan Campuran Lipid yang Unik yang mengandungi Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 untuk menyokong kesihatan jantung 5 Rumusan Dwiserat dalam Glucerna just membantu mempertingkatkan kesihatan system penghadaman 6. Jadi boleh berpuasa tanpa risau. 

Kalau nak beli untuk ibu bapa tu, jangan risau mereka taknak cuba sebab terdapat tiga perisa yang boleh korang perkenalkan kepada mereka iaitu Coklat, Vanila dan Gandum jadi korang boleh lah beli mengikut perisa kegemaran ibu bapa korang.

Taknak bancuh? Takpe sebab Glucerna ni ada juga yang dah sedia untuk diminum! Siap dalam botol dah korang hanya perlu bukak dan minum je. Memang sesuai kalau korang selalu busy dan mahu kan pengisian perut yang dapat membantu mengawal paras glukosa dan mudah sebab ia boleh diminum kat mana-mana je.

Selain itu, korang juga boleh ikut video ni dibawah ni sebagai panduan untuk korang berpuasa dan beraya dengan lebih bermakna.

Tunggu apa lagi guys? Dapatkan Glucerna hari ini! Sama ada untuk diri sendiri atau yang tersayang. Semoga puasa kali ni akan lebih bermakna!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tip-tip berpuasa atau pun resipi-resipi Raya yang sedap lagi enak, layarilah laman web Glucerna.

Shopee: [KLIK SINI]

Lazada: [KLIK SINI]

Rujukan:

1 International Diabetes Federation and the DAR International Alliance. Diabetes and Ramadan: Practical guidelines, Brussels, Belgium: International Diabetes Federation, 2021. 
2 Ministry of Health. Practical guide to diabetes management in Ramadan. Arouj M, et al. Recommendations for management of diabetes during Ramadan. 2010. 
3 Arouj M, et al. Recommendations for management of diabetes during DA International Allian Ramadan. 2010.
4 Chee WSS, et al. BMJ Open Diabetes Res Care. 2017
5 Eckel RH, et al. Circulation. 2014
6 Gowd V, et al. Crit Rev Biotechnol. 2019

SKIP THIS AD ×