berita

Tips Dekorasi Bajet Untuk Dapur, Bilik & Tandas Rumah Bujang Bawah RM250

December 7th, 2018 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Keadaan rumah yang bersih dan kemas memainkan peranan utama dalam membangkitkan suasana atau mood yang lebih positif. Setelah seharian berada di luar, rumah yang kemas membantu seseorang berasa lebih relax.

Seperti tips dekorasi bajet yang dikongsi gadis ini, dia hanya menghabiskan lebih kurang RM250 untuk rumah kelihatan lebih teratur. Jom cuba!

Jumlah keseluruhan RM 216.92

Dekorasi dapur

Sebelum

Selepas. Table top tu saya balut dengan wallpaper PVC Kaison, bukan plain tau, ada corak halus-halus je line dia. Sebab kan PVC dia nampak kilatlah kot.

Langsir/tirai tu sy guna 2 keping termasuk yang bawah sinki, beli kat daiso. Penyangkut bulat2 tu memang dah ada sekali dalam paket tu ye. Rod boleh laras panjang tu pulak sy beli kat super 99 Serdang, RM 3.99 setiap satu, saya guna 3 batang… Sy sangkut rod tu guna penyangkut baju kecik2 tu je, lekatkan dengan hot glue gun bagi kuat… Kalau tak faham, boleh google, CARA DIY LANGSIR DAPUR, nanti ada banyak blog/video tutorial:

Ini sy jumpa kat google, kredit utk owner Puan Ayza Nur . Mintak halal ya sy share kat post sy sbb ramai tanya nak buat macam mana

http://virals.my/tak-sampai-rm20-pun-tutup-ruang-bawah-singki-dengan-langsir-diy-buat-dapur-anda-terus-nampak-cantik-dan-kemas/

Love the details ! Tiles tu sticker beli kat eco shop 1 plastik ada 6 keping baru rm 2.12, saya beli 3 plastik. Peringatan mesra : mungkin tak berapa sesuai utk yg ada anak kecil yg masih lasak sbb boleh roboh tirai ni kalau renyah sangat. Nak kuat boleh drill je guna kain yg dijahit dengan velcro, tak payah guna shower curtain … Kalau macam sy takpe lah rumah bujang duduk bertiga aje

Semua ni sy beli kat Eco Shop, rak tu di ikea… Zoom in sikit wallpaper kaison balut table top hihi 

Sengaja sy biarkan dinding merah tu kaler asal, nak nampakkan kelainan gitu. Kebetulan sy mmg ada frame warna senada sy letak lah kat situ.

Simple and minimalist. Cara pasang langsir bawah tu : kredit pada owner Puan Ayza Nur

http://virals.my/tak-sampai-rm20-pun-tutup-ruang-bawah-singki-dengan-langsir-diy-buat-dapur-anda-terus-nampak-cantik-dan-kemas/

Langsir asal boleh. Sy guna alas meja RM 1.70 dr MR.DIY ajeeee hihihii 

Bajet deko dapur. Yang tak tulis tu means sy dah lama ada barang tu , jadi sy listkan apa yg sy beli sahaja

Dekorasi bilik tidur

Kita transform almari ni , nampak mahal kan padahal bajet bawah 30

Sebelum dan selepas, as simple as it can be, tak suka banyak barang hehe !

Dekorasi bilik air

Before : Dah puas tonyoh tak hilang juga soap scum jadi kita guna wallpaper pvc (kalis air kalis haba) sama macam kat dapur tapi kali ni warna hijau sbb nak sama dengan lantai dan dinding asal hehehe.. lumut2 tu dah jirus chlorin, sental , tunggu kering dan cat

After : Wallpaper satu roll tak habis , langsir dari alas meja eco shop yang dilipat dua, sangkut dengan penyangkut baju

Plag dari eco shop RM 2 setiap satu, lampu kaktus dari Kaison RM 9.90 dengan syampoo free bawak balik time tido otel

Sumber : Nur Diyana

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×