berita

Tips Eratkan Kembali Kasih Sayang Pasangan Suami Isteri Agar Hidup Lebih Positif!

March 7th, 2019 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi hubungan antara suami dan isteri. Bila sudah tinggal serumah bersama sudah tentunya banyak ragam pasangan. Ada yang kita berkenan dan ada juga sebaliknya. Ragam yang tidak berkenan inilah menjadi salah satu punca hubungan kita bersama pasangan semakin renggang.

Bagi mengembalikan keserasian bersama adalah sesuatu yang remeh juga. Apa kata anda ajak pasangan untuk lakukan aktiviti bersama ketika di hujung minggu sekali gus dapat mewujudkan nilai positif dalam diri anda dan si dia.

Masak bersama pengaruhi mood anda

Asyik isteri je bangun pagi dan perlu memasak sarapan untuk keluarga. Di sebelah tengah hari pula perlu membasuh pakaian dan mengemas rumah. Kasihan si isteri…

Apa kata, si suami juga bangun awal pagi dan bantu isteri menyediakan sarapan di dapur. Aktiviti sebegini membantu mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan. Mulakan hari anda dengan aktiviti positif di rumah.

Aktiviti di rumah wujud suasana ceria

Kesibukan hari minggu telah menghadkan segala aktiviti ibu bapa bersama anak-anak. Maklumlah, jadual padat dan hanya sibuk di tempat kerja. Tetapi hujung minggu saja yang menjadi waktu sesuai untuk setiap pasangan meluangkan masa bersama anak tersayang.

Hubungan antara suami isteri juga boleh terjalin positif sewaktu meluangkan masa bersama anak-anak. Apa kata, hujung minggu ini anda rancang untuk melakukan aktiviti berfaedah dan fun bersama anak anda. Lebih penting sekali, jangan main telefon ya!

Kembalikan mood first date

Masih ingat first date anda bersama pasangan? Apa kata anda kembalikan nostalgia ketika kali pertama keluar dating. Aktiviti sebegini dapat membantu mengembalikan momen terindah yang pernah anda dan pasangan lalui dahulu. Barulah terasa pemikiran anda dan pasangan positif sambil dibuai momen sweet!

Tips yang lebih penting, jangan sesekali imbau perkara yang tidak disukai pasangan. Nanti tak pasal-pasal spoil mood romantis anda pula.

Pulang ke kampung macam hari raya

Nak balik kampung tak perlu tunggu musim cuti persekolahan. Kalau anda tidak tahu nak buat apa di hujung minggu? Apa kata cadangkan kepada pasangan untuk bawa anak pulang bercuti di kampung halaman yang terdekat.

Selain dapat mengeratkan hubungan silarurrahim antara nenek dan datuk, anda juga dapat melakukan aktiviti berfaedah di sana. Seperti aktiviti memasak beramai-ramai, bawa keluarga besar anda ‘makan angin’ di kawasan terdekat atau mengemas rumah.

Ungkapan ‘I love you

I love you’ adalah perkataan ajaib dan ungkapan romantis ini mampu memberi semangat kepada pasangan setiap kali dilafazkan dengan nada yang lembut. Jangan lupa cakap ‘I love you‘ kepada pasangan sebelum pergi ke tempat kerja dan setiap kali sebelum tidur.

Pasangan anda juga akan menyedari bertapa berhargai dirinya dan terasa disayangi. Barulah setiap rutin harian anda akan jadi positif!

Jelajah #PositifSelalu DFKL 2019

Nilai positif boleh wujud dalam pelbagai cara dan aktiviti yang kita lakukan. Untuk pengetahuan anda, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 turut mengetengahkan tema ‘Positif Selalu’ dan terdapat pelbagai aktiviti dijalankan dalam memberi semangat positif dalam kalangan peserta yang datang menyertai aktiviti di sana.

DFKL 2019 telah menjelajah ke beberapa institusi pengajian tinggi dan Siri Jelajah ini telah bermula pada 1 Mac 2019 dahulu. Sekarang hanya tinggi lagi 2 lokasi jelajah DFKL 2019 termasuk di:

  • 9 – 10 Mac 2019 – Sri Pentas, Bandar Utama
  • 16 – 17 Mac 2019 – IOI City Mall, Putrajaya

Jom serlahkan bakat anda!

Bagi anda yang mahu serlahkan bakat dalam lakonan, apa kata sertai bengkel DFKL 2019 yang akan berlangsung bermula 22, 23, dan 24 Mac 2019 bersama dengan beberapa orang tenaga pengajar termasuk Eirma Fatimah, Shahrulezad dan Datuk Rosyam Nor.

Layari www.dfkl.com.my untuk maklumat lanjut berhubung acara yang terdapat di DFKL 2019.

SKIP THIS AD ×