berita

Tips Kewangan: Beli Rumah Dulu Atau Melancong Keliling Dunia Puas-Puas?

April 18th, 2019 | by Amirul Asraf
Kewangan & Pelaburan

Pelaburan wang untuk simpanan masa hadapan adalah sangat penting untuk menjamin kestabilan kewangan individu. Ada yang memilih untuk membuat tabungan di Tabung Haji, Amanah Saham Berhad (ASB), Private Retirement Scheme (PRS) dan sebagainya.

Bagi yang berkemampuan dan mempunyai kesedaran dalam bidang hartanah, mereka akan memilih untuk memiliki rumah pertama. Manakala, ada juga sesetengah memilih untuk melancong mengelilingi dunia bagi mendapat pengalaman baru. Kepada golongan fresh graduate, korang boleh ikuti perkongsian Nasihat Kewangan mengenai cara yang betul untuk membuat keputusan.

1. Kemampuan

Sebelum membuat sesuatu tindakan sama ada mengumpul aset mahupun melancong, korang perlu tahu tentang kemampuan diri terlebih dahulu. Jika korang mampu, kedua-duanya boleh dilakukan tetapi jika tidak, korang terpaksa membuat pilihan. Jika korang mempunyai gaji yang rendah, pembelian aset merupakan pilihan yang bijak kerana melalui aset tersebut ianya akan mendatangkan pendapatan kepada korang semula seperti rumah.

2. Matlamat

Setiap individu mempunyai matlamat yang berbeza. Buat golongan muda, kewangan mereka lebih jelas berbanding beli rumah ketika usia sudah lanjut. Korang mempunyai pilihan sama ada mahu bekerja keras ketika usia muda atau ketika usia sudah tua.

Selain itu, korang juga perlu melihat keutamaan dalam memilih perkara yang terbaik. Dalam keadaan ekonomi sekarang, matawang negara masih rendah dan kos berbelanja di negara luar adalah lebih tinggi atas faktor pertukaran wang. Dengan harga rumah yang semakin mahal, anda mungkin akan terus menyewa jika menangguh niat membeli rumah pertama.

3. Ilmu

Ilmu juga merupakan salah satu faktor yang membantu korang membuat pilihan. Jika korang tahu betapa pentingnya pemilikan aset di Malaysia, mungkin korang akan batalkan niat untuk melancong. Namun, tak salah juga jika korang hendak pergi melancong ke luar negara dengan tujuan mendapatkan ilmu kerana ianya akan mengubah hidup korang menjadi lebih baik dan peka terhadap pentingnya pemilikan hartanah.

Apabila korang pergi ke negara maju, korang mungkin boleh menilai betapa pentingnya pemilikan hartanah di usia muda terutama apabila melihat harga rumah yang semakin mahal. Pada masa yang sama, korang boleh belajar banyak perkara tentang kehidupan orang lain terutama bagi golongan yang sudah merasai keperitan memerlukan tempat tinggal.

4. Ganjaran

Bagi korang yang bekerja keras dan mempunyai wang yang mencukupi, korang boleh membeli rumah dan melancong dalam waktu yang sama. Korang boleh menganggap melancong itu sebagai ganjaran setelah korang berjaya memiliki rumah sendiri. Secara tidak langsung, ianya akan membakar semangat korang untuk terus berusaha mengumpul aset yang seterusnya.

Sumber: Nasihat Kewangan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.