Tekanan merupakan perkara yang sukar dielakkan dalam kehidupan, lebih-lebih lagi apabila perlu mengimbangi kerjaya, keluarga dan kehidupan peribadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahirah MacWilson Kongsi Sudah Dua Bulan Pakai Hijab – ‘Alhamdulillah, Buat Masa Ini Saya Masih Mencuba’

Artikel Berkaitan: ‘Dah Lama Saya Simpan Keinginan Untuk Mulakan Perjalanan Ini, Saya Nak Cuba & Belajar’ – Zahirah MacWilson

Cari ‘Escape’ Yang Sihat

#TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

Bagi edisi #TipsXTRA minggu ini, pelakon dan model jelita, Zahirah Macwilson, berkata dia sendiri tidak terkecuali daripada berdepan tekanan. Namun menurut Zahirah, perkara paling penting adalah tidak membiarkan diri terlalu lama tenggelam dalam perasaan tersebut.

Daripada terus memikirkan perkara yang menjadi punca tekanan, Zahirah percaya setiap individu perlu mempunyai aktiviti atau ruang yang mampu memberikan ketenangan.

Ia tidak semestinya sesuatu yang besar. Meluangkan masa melakukan hobi, berehat, bersenam atau melakukan perkara yang disukai boleh menjadi salah satu cara untuk mengalihkan fikiran daripada tekanan buat sementara waktu.

Pada masa sama, mempunyai individu yang memahami keadaan diri juga boleh menjadi satu bentuk sokongan emosi yang penting.

Saya ada banyak stres, but the thing is do not dwell in your stress. Cari sesuatu yang diri sendiri suka buat, yang memberi kebahagiaan. Cari hobi atau partner who really understands you.

@xtra_my

Bila isteri sendiri masih boleh buat tersipu malu… memang sweet! 😍❤️ Aiman Hakim & Zahirah Macwilson memang pasangan favourite ramai. Semoga rumah tangga mereka sentiasa dalam lindunganNya 🤲🏻 #xtramy #fyp #zahirahmacwilson #xtrapediaAP #marriedlife

♬ original sound – XTRA – XTRA

Belajar Sayangi Diri Sendiri

Dalam melalui kehidupan yang penuh dengan tuntutan dan jangkaan, isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu turut mengingatkan agar seseorang tidak melupakan kepentingan menghargai diri sendiri.

Love yourself, love your Creator. That is the most important. Remember why we are put on this world.

Bagi Zahirah, menjaga hubungan dengan diri sendiri serta mengingati tujuan kehidupan mampu membantu seseorang melihat sesuatu masalah daripada perspektif yang lebih luas.