Bagi sesetengah individu, menjaga penampilan bukan sekadar tentang memakai produk penjagaan wajah atau tampil bergaya, sebaliknya ia turut berkait rapat dengan rutin harian, pemakanan, kecergasan dan keadaan emosi.

Malah, konsistensi menjaga diri menjadi antara perkara yang semakin diberi perhatian apabila usia meningkat, terutama bagi mereka yang sentiasa berhadapan dengan kamera dan khalayak ramai.

Artikel Berkaitan: #SkoolXTRA: ‘Dia Jerit ‘No’ Dalam Masa Satu Saat’ – Cinta Daniel Fong Pernah Ditolak ‘Crush’ Depan Rakan Sekolah

Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Mungkin Satu Hari Nanti Saya Cucuk’ – Daniel Fong Terbuka Soal Botox

Utamakan Senaman & Pemakanan Sihat

#TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

Bagi edisi #TipsXTRA minggu ini, pelakon Daniel Fong berkongsi rutin hariannya dalam menjaga kesihatan, penampilan serta imej diri agar sentiasa tampil segak dan bertenaga.

Menurut Daniel, antara perkara yang menjadi keutamaannya adalah kekal aktif dengan bersenam di gimnasium selain cuba mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak semestinya setiap hidangan perlu terlalu ketat asalkan keseimbangan nutrisi masih dijaga.

Saya rajin pergi gim, makan makanan yang sihat. Kalau tak boleh makan terlalu sihat, pastikan protein lebih banyak berbanding karbohidrat.

Minum banyak air dan ambil vitamin.

Bagi Daniel, penjagaan fizikal sahaja sebenarnya tidak mencukupi kerana keadaan emosi turut memainkan peranan besar terhadap penampilan seseorang.

Yang penting kena happy. Kalau kita tak happy, daripada muka pun orang boleh nampak.

Masuk 30-an Baru Serius Jaga Kulit

Bercakap mengenai penjagaan imej pula, Daniel mendedahkan dia kini lebih konsisten memastikan penampilannya sentiasa terurus termasuk mendapatkan potongan rambut secara berkala.

Saya akan potong rambut lebih kurang sebulan sekali, pergi facial dan pakai skincare. Seminggu sekali saya akan pakai face mask.

Menariknya, Daniel mengakui rutin penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang diamalkannya sejak usia muda, sebaliknya hanya mula diberi perhatian apabila memasuki usia 30-an.

Dulu saya tak pernah jaga. Sampai umur 30 lebih baru saya mula jaga. Saya rasa saya beruntung sebab muka saya tak pernah berjerawat. Mungkin juga sebab saya memang aktif bersenam.