berita

Tiru Busana Aina Abdul Di Pentas AJL36, Netizen Kata Laju Adik Ni Buat Kerja – ‘Memang Kreatif!’

March 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Aina Abdul sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara-gara gaun ungu yang digayakannya ketika membawakan lagu ‘Nafas Cinta’ bersama Khai Bahar sempena Anugerah Juara Lagu Ke-36.

Artikel berkaitan: ‘Upgrade’ Fesyen Dari Sekuntum Bunga Ke Sepohon Pokok, Penampilan Aina Abdul Di AJL36 Buat Netizen Terhibur

Di TikTok, seorang lelaki sempat melakukan parodi mengenai busana yang dipakai oleh Aina. Lebih mencuri tumpuan, kreativiti lelaki tersebut turut dipuji oleh netizen. Hebat!

Nafas Cinta

@h_nyf #ainaabdul#ajl36 #fyp ? Nafas Cinta – Khai Bahar & Aina Abdul

Menerusi rakaman video beberapa saat tersebut, lelaki berkenaan dilihat menggunakan barangan terpakai yang berada di rumah untuk menghasilkan busana sama seperti Aina Abdul. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut memainkan lagu ‘Nafas Cinta’ ketika melakukan ‘catwalk’. Gaya dan busana yang dipakai itu ternyata mencuri perhatian netizen. Rata-rata netizen menyatakan bahawa lelaki tersebut seorang yang kreatif dan pantas melakukan parodi memandangkan anugerah tersebut masih belum selesai semalam.

Fesyen finalis, artis jemputan dan pengacara AJL36

@justmitch__ What i saw? #ajl36 yang td kene community guideline sbb ade gambar mimi peri? #foryou #fyp #foryoupage #h #masukberanda ? bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Di Tiktok, netizen sempat membuat kompilasi video mengenai busana finalis AJL36, artis jemputan dan pengacara. Menerusi video tersebut, rata-rata baju mereka yang terlibat dengan AJL36 diinspirasikan oleh negara luar. Sebagai contoh, busana Nabila Huda disamakan seperti ‘Statue of Liberty’ dan busana Siti Nordiana disamakan seperti trofi ‘Oscars Award’.

Sumber: H_nyf

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×