berita

‘Tak Sangka Sensitif Sangat’- Bertanya Apa Special Sangat Tentang K-Pop, Zara Zya Dikecam Peminat Fanatik

December 29th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pernahkah kita terfikir mengapa sesetengah orang itu terlampau fanatik terhadap sesuatu seperti bola sepak dan muzik? Pasti masing-masing punyai jawapan tersendiri mengapa mereka amat meminati sesuatu perkara tersebut.

Namun, tidak perlulah kita marah atau melenting jika ada sesetengah pihak mempersoalkan minat. Itulah yang berlaku kepada pelakon, Zara Zya apabila pertanyaannya tentang keistimewaan K-pop, mengundang kecaman daripada sesetengah netizen.

Peminat K-pop sensitif rupanya

 

Ternyata, Zara berasa sedikit berang dengan respon yang diterimanya kerana niatnya hanya sekadar ingin tahu. Zara juga tidak menyangka rata-rata peminat K-pop ini agak sensitif dengan soalan yang diajukannya.

Soalan saya apa istimewanya kpop? jawapan yang saya dapat adalah caci maki dan sumpah seranah.

Tak sangka sensitif sangat. Kenapa sensitif sangat sehingga ada yang melibatkan agama?

Dah kenapa sentitif sangat? Kebanyakkan budak perempuan pakai tudung yang duit belanja masih mak bapak bagi ni.

Apa bestnya K-pop?

https://www.instagram.com/p/BdKiem7Hbz5/?hl=en&taken-by=zarazya

Status pertanyaan yang dimuat naik di Instgram itu menerima lebih seribu komen yang rata-rata menganggap Zara cuba menghina artis kesayangan mereka. Dalam pada itu, Zara berkata, dia membuat pertanyaan secara umum itu sekadar ingin mengetahui punca artis dan drama dari Korea Selatan mendapat perhatian ramai  terutama golongan remaja.

Dimaki peminat K-pop

Walaupun kita tak bersetuju dengan pandangan orang lain janganlah sampai mengeluarkan kata-kata kesat dan makian. Tambahan pula, Zara hanya sekadar bertanya kerana dia tidak tahu dengan trend fanatik K-pop masa kini. Buat peminat fanatik K-pop, harap bersabar dan sila berfikir secara rasional.

Sumber: Zara Zya

SKIP THIS AD ×