berita

Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali Selepas 34 Tahun

April 28th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Tiz.zaqyah

Sambutan Ramadan pada tahun ini memberikan keistimewaan buat pelakon popular Tiz Zaqyah apabila telah berkesempatan bertemu abangnya yang dikenali sebagai Md Zacky buat kali pertama setelah 34 tahun.

Impian mempunyai seorang abang

Foto: Tiz.zaqyah

Tiz menerusi muat naik terbaru di laman Instagram berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat. Jelas Tiz, Ramadan kali ini paling istimewa selepas dipertemukan bersama abang kandung yang telah lama terpisah.

Rezeki Ramadan, bertemu dengan abang (sebapa) dan keluarganya buat pertama kali seumur hidup kami… Perasaan bila tahu ada abang ehe! Selalu saya doakan seorang abang untuk jaga saya.. I wish I have a brother: (and it came true). Alhamdulillah.

Saya selalu ada impian mempunyai seorang abang. Satu keajaiban… impian tersebut telah terlaksana. Ramadan paling indah. Kami bertemu pada 25/4/2022… setelah 34 tahun usia saya.

Hello abang Zacky dan kakak ipar serta anak buah saya yang cantik. Satu perasaan yang sungguh emosi. Alhamdulillah… akhirnya bersama, permudahkanlah perjalanan kami sekeluarga.

Ramadan & Syawal terindah buat Tiz

Foto: Tiz.zaqyah

Menerusi laporan Harian Metro, Tiz yang agak terkejut sebaik berjumpa abangnya itu sempat bertanya “adakah kamu abang saya?” kerana masih lagi tidak percaya.

Dia dah lama cari kami. Kebetulan saya ada di Singapura untuk event Aura Kasih. Dia hubungi sales Aura Kasih menerusi nombor dalam Instagram.

Jadi bila saya dapat mesej itu, saya terus rasa ada sesuatu. Saya tak fikir panjang tapi nak jumpa dia.

Perasan tak sabar dan memang betul, dia kongsi gambar bapa kami. Juga kami berkongsi cerita dan terbukti memang sah, kami ini adik beradik.

Tiz yang menyifatkan Ramadhan kali ini amat terindah berkata, dia sering merasa hidupnya tercari-cari sesuatu selama ini dan akhirnya terharu apabila mendapati mempunyai abang kandung.

Allah hadiahkan silaturahim keluarga yang mungkin tidak pernah wujud selama ini. Patutlah jiwa saya mencari. Macam tak sempurna sebelum ini.

Sumber: Tiz Zaqyah Zak Harian Metro

SKIP THIS AD ×