berita

TMJ Dakwa Laman Sosial Diintip Guna Teknologi Israel, Ini Respon Timbalan Menteri

September 10th, 2018 | by faris
Kini Trending

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ismail mendakwa laman sosial miliknya dan ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar diintip pihak tertentu menggunakan teknologi Israel. Perkara itu didedahkan menerusi facebook HRH Crown Prince of Johor. Malahan TMJ turut mendakwa ramai cybertrooper ‘ditugaskan’ di laman sosial pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak mengambil masa lama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman memberi respon terhadap dakwaan berkenaan.

Kerajaan nafi keluarkan arahan

Mohd Azis menerusi Sinar Online berkata, kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan supaya pengintipan seperti didakwa dilakukan oleh pihaknya. Walaubagaimanapun, jika TMJ mempunyai maklumat berhubung perkara itu, TMJ diharap dapat menyalurkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

Kerajaan menafikan dan jika benar Tunku Mahkota Johor ada maklumat perkara tersebut, kami minta beliau maklumkan kepada kami.

Setahu saya tiada arahan seumpama itu keluar, sama ada daripada kepimpinan kerajaan atau mana-mana pihak termasuk kepimpinan PH, tidak ada.

Tiada laporan diterima Polis Johor

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya tidak menerima laporan mengenai isu itu setakat jam 8 malam tadi.

Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat atau diterima polis Johor berhubung kenyataan TMJ berkenaan.

Menurut TMJ yang juga pemilik JDT itu lagi, alat yang didakwa dimiliki kerajaan digunakan untuk tujuan intipan dan mengumpul data selain digunakan sebelum pilihanraya lalu bagi perang siber.

Beberapa pegawai kerajaan berjumpa saya menyatakan bahawa SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Cawangan Khas (SB), SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Pejabat Perdana Menteri turut menggunakan peralatan ini.

Bila berkaitan dengan keselamatan negara, saya berpendapat ia adalah sesuatu sangat berharga. Namun, peralatan ini tidak patut diseleweng mana- mana pihak untuk kepentingan sendiri.

Sumber: Harian Metro, Malaysiakini, Sinar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×