berita

TNB Sasar Untuk Tingkatkan Kualiti Tenaga Melalui Program ‘Grid of the Future’!

December 8th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Kredit foto: The Edge Markets

Zaman sekarang ni semua benda bergantung dengan teknologi, lagi-lagi bila wabak COVID-19 melanda. Hampir setiap urusan dah boleh diselesaikan secara online je.

Tapi sehebat mana pun teknologi, akan timbul masalah bila kita terputus bekalan elektrik kan? Haa.. Sebab itulah Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang mempergiat usaha untuk memperkasakan kualiti tenaga eletrik melalui program ‘Grid of the Future’.

RM27 billion dilaburkan bagi menyokong perkembangan jaringan sepanjang 2021-2023

Ketua Pegawai Grid, TNB, Datuk Husaini Husin menyifatkan bahawa negara hari ini dipacu oleh teknologi, jadi penting untuk mereka mengutamakan kestabilan tenaga elektrik yang berterusan.

“Gangguan tenaga elektrik yang kecil boleh menyebabkan produktiviti harian menurun, oleh itu keutamaan kami adalah bagi memastikan TNB dapat membekalkan tenaga elektrik berkualiti” Ujar Datuk Husaini.

TNB menyasarkan pelaburan sebanyak RM27 billion melalui teknologi ‘Grid of the Future’. Ianya bagi menyokong kerja naik taraf utama termasuk memperluaskan jaringan.

Dianggarkan pelaburan TNB ini bakal mencatatkan estimated gross domestic product (GDP) sebanyak RM20 billion dan mencipta 300,000 peluang pekerjaan dalam masa tiga tahun akan datang

Program ‘Grid of the Future’ dibahagikan kepada 6 kategori yang terdiri daripada new grid, connection, self-healing, refurbishment, digital intelligent infrastructure, safety and environment compliance serta smart tools and equipment. 

Hal ini adalah sejajar dengan matlamat peralihan tenaga di Malaysia dan membantu pendigitalan perniagaan yang mana dapat meningkatkan produktiviti.

Grid Nasional bekalkan tenaga elektrik kepada 9.44 juta rumah dan premis perniagaan

Kredit foto: The Edge Markets

TNB berazam untuk terus melabur agar grid ini lebih konsisten dan fleksibel dalam menerima sumber lain RE seperti solar yang semakin berkembang dengan peningkatan prosumer.

Melalui grid automasi penuh pula, pelanggan serta pekerja dapat menguruskan penggunaan dan bekalan tenaga dengan lebih cekap.

TNB juga memperkenalkan teknologi baharu bagi menambah baik kecekapan grid nasional menerusi self-healing grid.

Cabaran bukan halangan

Bagaimanapun, Datuk Husaini mengakui mereka juga berdepan cabaran dalam merealisasikan impian ini. Antara cabaran terbesar adalah dari segi keselamatan dan memenuhi jangkaan pengguna serta pihak berkepentingan yang semakin peka dengan kelestarian alam.

“Cabaran lain kami juga perlu membeli tanah bagi membina infrastruktur grid” Kata Datuk Husaini.

SKIP THIS AD ×