
Di sebalik setiap jaringan, korang tahu tak ada usaha berterusan demi merealisasikan impian bergelar pemain profesional negara?
Disinilah Program Pembangunan TNB Thunderbolts memainkan peranan sebagai landasan tersusun untuk mengenal pasti dan mengasah bakat pemain muda terus ke pentas profesional.
Gabungan liga remaja, kem intensif, bantuan peralatan lengkap, hinggalah peluang bertanding di luar negara, semua ni bukan sekadar aktiviti, tapi ‘game plan’ untuk melahirkan pemain yang bukan saja berbakat, tapi bersedia bersaing di peringkat dunia.
TNB Thunderbolts buka peluang generasi tonjol bakat

Inisiatif Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini telah lama menjadi nadi kepada pembangunan sukan hoki di Malaysia.
Kalau korang nak tahu, sejak dilancarkan pada tahun 2006, TNB Thunderbolts dah jadi ‘port’ utama lahirnya bakat-bakat generasi baru.
Maka tak hairanlah, banyak nama-nama besar dalam skuad hoki kebangsaan yang bermula daripada program ini.
Korang bayangkanlah, setiap tahun ratusan pemain muda diuji, diasah, dan diberi peluang keemasan untuk membina kerjaya dalam sukan hoki melalui program ini.
Legenda kembali bimbing generasi

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah melantik Nor Saiful Zaini Nasiruddin, sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Remaja Kebangsaan.
Gah dalam arena hoki antarabangsa, ayah kepada 5 orang cahaya mata ini, merupakan legenda hoki negara yang cukup disegani.
Berikut merupakan sebahagian daripada pencapaian beliau:-
- Tiga kali Olimpik (Barcelona 1992, Atlanta 1996, Sydney 2000)
- World Cup 1998 di Utrecht, Belanda
- Tiga kali Asian Games (1986 Seoul, 1990 Beijing, 1994 Osaka)
- Pernah mengetuai Malaysia sebagai kapten pasukan di Champions Trophy 1993 di Kuala Lumpur
- Dinobatkan sebagai Top Scorer, termasuk disenaraikan dalam World Best Eleven
- Mewakili Malaysia dalam kejohanan berprestij seperti Piala Sultan Azlan Shah, Asia Cup, Olympic Qualifier, dan KL Commonwealth Games
- Dan paling membanggakan, beliau menjadi pembawa bendera Malaysia di Sukan Olimpik Atlanta 1996
Dengan pengalaman hampir 20 tahun sebagai pemain, kredibiliti dan latar belakang beliau dalam bidang akademik Sains Sukan dari Universiti Malaya dijangka akan memberikan nafas baharu kepada skuad hoki remaja lelaki Kebangsaan.
Misi besar TNB Thunderbolts: Sukan, masyarakat & masa hadapan
Tidak hanya fokus kepada sukan, TNB Thunderbolts membuka peluang kepada anak muda membina keyakinan, kemahiran, dan peluang untuk golongan belia agar mereka boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara dan membentuk masa depan mereka secara berdaya saing.
Ini jelas menunjukkan TNB berjaya menghubungkan dunia korporat dengan pembangunan masyarakat melalui program pembangunan sukan hoki.
Rujukan penulisan:
- The Star (2025, Januari 22) POWERING DREAMS, ONE STRIKE AT A TIME, https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/01/22/powering-dreams-one-strike-at-a-time.







