
![]()
Dato’ Seri Siti Nurhaliza diberi gelaran penyanyi nombor satu negara, Malaysia’s sweetheart dan bermacam lagi kerana telah berjaya menawan jutaan peminat dengan alunan suaranya. Maka tidak hairanlah beliau masih kekal diminati setelah 2 dekad dalam industri.
Menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, penyanyi bertaraf living legend ini menerima kejutan apabila seorang peminatnya dari bumi Brazil mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya. Tak sangka kan sejauh itu pengaruh Tokti sampai?
Minat sejak dengar Kesilapanku Keegoanmu
![]()
![]()
Peminat yang menggunakan nama Philoso membuat ucapan selamat berkenaan menerusi Twitternya. Tambahnya, dia mula meminati penyanyi ini selepas pertama kali mendengar Kesilapanku Keegoanmu. Lagu berkenaan merupakan salah sebuah lagu dari album Siti Nurhaliza II yang diterbitkan pada 1997! Lama sangat dah minat ni!
Tambah menarik apabila Philoso mengatakan dia sentiasa membawa Siti di hati dan kulitnya. Buktinya, dia siap membuat cacahan tatu wajah Tokti di lengannya! Memang fanatik habis ni!
Suara paling indah di dunia
![]()
Peminat Singapura kongsi kisah mula minati Siti
![]()
Netizen kagum dengan tatu
![]()
Sumber: Siti Nurhaliza , Philoso




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
