berita

Tolak Keluar OKU Dari Kereta, Langgar 6 Kereta Ketika Dikejar, Pemandu Myvi Samseng Ditahan

December 14th, 2019 | by faris
Kini Trending

Babak kejar-mengejar sebuah Myvi biru penuh dramatik berjaya mencuri perhatian pengguna laman sosial pada malam Jumaat. Pemandu berkenaan dengan selamba telah mencilok di tengah-tengah kesesakan lalu lintas setelah dikejar orang ramai.

Tolak OKU

Astro Awani melaporkan suspek yang juga seorang penjawat awam telah ditahan pihak polis setelah memandu secara bahaya di Jalan Pudu dalam kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, suspek merupakan petugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyebabkan kerosakan beberapa kenderaan dalam insiden berkenaan.

Menurut saksi, seorang penghantar makanan Grab yang turut merakam kejadian, suspek yang berusia 25 tahun telah menolak keluar mangsa, seorang orang kelainan upaya (OKU), daripada kereta, melalui pintu depan kiri.

Selepas itu, saksi bertindak mengejar suspek dan mengarahkan untuk memberhentikan kenderaan. Namun, tidak diendahkan suspek.

Ketika melarikan diri, suspek telah melanggar enam buah kenderaan sepanjang Jalan Pudu. Dia telah diberkas oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada 5.20 petang.

Alami kecederaan kepala

Berhubung penahanan suspek, lelaki itu dibawa oleh seorang anggota polis MPV 124 ke Balai Polis Dang Wangi setelah dibantu orang ramai.

Setakat ini, kes masih dalam siasatan tentang kejadian sebenar OKU itu ditolak daripada keretanya.

Kesemua pemandu kenderaan yang dilanggar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan namun suspek mengalami kecederaan di kepala.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×