berita

Tolak Permintaan Rujuk Semula, Lelaki Simbah Asid Pada Bekas Isteri & Anak.. Sampai Melecur 100%

July 4th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Bagaikan mimpi ngeri buat seorang wanita yang dikenali sebagai Seri apabila dia sekeluarga disimbah asid oleh bekas suami gara-gara menolak permintaan untuk dirujuk semula selepas mereka berpisah tiga tahun yang lalu.

Mengamuk bekas isteri tak nak rujuk semula

Keputusan untuk berpisah itu dibuat setelah dia sudah tidak tahan menjadi mangsa kekejaman si suami. Malah, dia turut dilayan teruk sepanjang mereka berkahwin.

Difahamkan, lelaki berkenaan juga dikatakan culas untuk membayar nafkah. Walau bagaimanapun, bekas suaminya itu mengajak untuk merujuk kembali selepas mereka bercerai tetapi wanita terbabit tidak mahu.

Kalau dia makan pun tak fikir pasal anak dan dia fikir pasal diri dia je. Saya dah penat jadi saya minta cerai.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki terbabit sanggup datang ke rumah pada pukul 3.00 pagi untuk menyimbah asid kepada keluarga wanita berkenaan termasuklah bekas mentua dan anaknya.

Kalau orang baru bangun tidur kan tak sedar dan tak boleh nak buat apa-apa lepas tu dia siram asid.

Anak melecur 100%

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, masing-masing dikatakan sedang tidur lena di ruang tamu sebelum disimbah dengan asid. Susulan daripada itu, mereka tidak sempat mencari perlindungan. Lebih pilu lagi apabila anaknya berusia dua tahun melecur hampir 100 peratus sehingga tidak sedarkan diri manakala wanita terbabit 80 peratus dan ibunya 60 peratus.

Masa dia buat tu ada anak kat tepi lepas tu saya panik lalu cuba untuk lindungi anak sebab takut terkena sekali.

Saya berlari minta tolong orang tapi orang tak datang lagi.

Ujarnya lagi, dia terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya daripada terkena simbahan asid sebelum penduduk kawasan perumahan datang untuk membawa mereka ke pusat perubatan.

Sekarang badan dah rasa okay sikit cuma tengah tunggu kesan melecur tu kering.

Walau bagaimanapun, Seri telah melaporkan kejadian berkenaan kepada polis, namun bekas suaminya itu telah melarikan diri dan kini menjadi buruan pihak polis.

Keadaan makin baik cuma tinggal buat pembedahan plastik untuk betulkan wajah. Mata pada awalnya tak boleh nampak tapi sekarang dah boleh nampak.

Satu keluarga kena simbah asid

Sumber : Pratiwi Noviyanthi

SKIP THIS AD ×