berita

Tolong Buka Double Signal Untuk Alert Kereta Lain, Bantuan Wanita Ini Kepada Mat Motor Dipuji Netizen

September 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tidak ramai antara kita mempunyai kesedaran untuk bantu penunggang motosikal yang mengalami kerosakan di tepi jalan. Ada yang hanya mampu melihat dan berlalu pergi begitu sahaja. Lain pula kisah dari gadis ini, Nadia Dahlia terserempak dengan 2 lelaki yang mengalami kerosakan motosikal sehingga mereka terpaksa tunda kenderaan itu.

Sebagai pemandu kereta, dia hanya mampu bantu dengan memberi lampu kecemasan agar pemandu lain lebih berhati-hati. Apa yang akan anda lakukan jika terlihat keadaan sebegini?

Terserempak dengan brader tunda motor

Difahamkan kejadian berlaku di sekitar Jalan Kempas di Simpang Setia Tropika, Johor Bharu. Gadis ini hanya mampu menemani mereka hingga di lampu isyarat sahaja.

Atas rasa prihatian terhadap situasi tersebut, gadis ini membuat keputusan untuk menukar lorong ke kiri bagi membantu 2 penunggang lelaki itu. Melihat keadaan dimana penunggang itu hampir hilang kawalan sewaktu menunda motosikal, gadis ini bertindak menyalakan lampu kecemasan bertujuan pemandu di belakang lebih peka.

Kereta laju dari arah belakang

Hari ini kita tolong orang, esok orang tolong kita

Terima kasih kepada anda

Sementara itu, salah seorang dari penunggang motor tersebut mengucapkan terima kasih buat wanita ini. Dia turut mendoakan kesejahteraan kerana telah membantu mengekori mereka dari belakang dengan memasang lampu kecemasan.

Sumber: Nadia Dahlia

SKIP THIS AD ×