berita

‘Tolong Doakan Kami’ – Aishah Positif Covid-19

August 31st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi Janji Manismu, Aishah telah mengesahkan dirinya positif Covid-19. Berita duka itu telah dikongsi Aishah melalui akaun Instagram dengan memuat naik sebuah video menjalani ujian saringan di kediamannya.

Paras oksigen menurun

Memetik laporan BH Online, Aishah dan keluarganya telah menjalani ujian saringan jenis Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan dan hanya dirinya sahaja yang disahkan positif Covid-19.

Doktor menyarankan saya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus. Saya dibawa ke Hospital Ampang dengan menaiki ambulans, maghrib semalam.

Sekarang, saya sudah berada dalam wad. Selepas mendapat bantuan pernafasan, saya rasa semakin baik.

Tolong doakan kami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Penyanyi Janji Manismu ini turut memuat naik klip video pendek menyaksikan dirinya sedang menjalani ujian saringan Covid-19 oleh petugas kesihatan ketika di kediamannya. Rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Aishah dan keluarga cepat sembuh daripada wabak ini.

Sumber: Wan Aishah, BH Online

SKIP THIS AD ×