berita

‘Tolong Duduk Rumah’ – Viral Servis ‘Dine In’ Dalam Kereta, Netizen Bimbang Penularan Covid-19

February 3rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membenarkan orang awam untuk makan di luar (dine-in) di kedai atau restoran. Hanya perkhidmatan bungkus (take-away) sahaja dibenarkan buat masa ini.

Beberapa hari lalu viral di media sosial video orang ramai yang makan di dalam kereta menggunakan sebuah meja kecil yang diletakkan di bahagian stering. Ini ekoran tindakan segelintir pengusaha kedai makan yang menawarkan perkhidmatan ini demi memudahkan pelanggan.

Makan dalam kereta

@ameymusa

Jom guys!!! #fyp #fyi #pkp2021

? original sound – Amey Musa

Video berdurasi kurang seminit itu memaparkan pasangan ini makan menggunakan meja tersebut di dalam kereta. Apa yang menariknya apabila makanan tersebut dihidang menggunakan pinggan seperti di dalam restoran. Namun ada segelintir netizen beranggapan ‘dine in’ dalam kereta seperti ini tidak perlu diteruskan bagi menyekat penularan pandemik.

Dakwa mereka, orang ramai perlu bungkus dan makan di rumah atau di tempat tertutup sahaja memandangkan PKP kini dilaksanakan di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.

Susah sangat ke nak tapau je?

Sumber : Amey Musa

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×