berita

‘Tolong Fikir Perasaan Orang’ – Dilabel Ratu Friendzone, Ayda Jebat Respon Kecaman Netizen

December 2nd, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi hangat. Antara isu yang sering diperkatakan adalah mengenai hubungan cintanya bersama beberapa orang pelakon popular. Namun, sayang jodoh tidak panjang apabila percintaan putus di tengah jalan.

Terbaru, Ayda mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan pengacara, Nabil Mahir. Ekoran daripada itu, penyanyi Temberang ini menerima pelbagai respon negatif dan dilabel ‘ratu friendzone’.

Tak salah nak nasihat orang

Di Twitter, seorang pengguna melabelkan Ayda Jebat sebagai ‘ratu friendzone’ kerana pernah dikaitkan dengan beberapa orang selebriti sebelum ini. Memberi respon kepada kritikan itu, Ayda menjawab tidak salah untuk memberi teguran tetapi biarlah dengan cara yang betul. Dia juga menasihatkan netizen untuk menjaga perasaan orang lain dan jangan membuka aib.

Syok tengok perangai orang

Bagi penyanyi ini lagi, kecaman yang diterima menandakan kasih sayang mereka kepada selebriti kegemaran. Tidak kisah dengan kecaman, Ayda mengakui ‘seronok’ membaca perangai sebenar masing-masing.

Jaga aib masing-masing

Malah, ada yang mempertikaikan hubungan cinta Ayda bersama pengacara baru, Nabil Mahir. Tidak kisah dengan teguran, Ayda sekali lagi menegaskan tidak perlulah menceritakan kisah silam sehingga membuka aib orang lain.

Sumber : Ayda Jebat

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×