Di Instagram, penyanyi, Bunga Citra Lestari memuat naik satu keping foto di mana dia sedang berada di dalam sebuah bot ketika percutian bersama ‘TeamBcl’ baru-baru ini. Foto tersebut ternyata mencuri perhatian netizen kerana Bunga telah memakai bikini.
Bikini warna ungu
The ocean is everything i want to be. Beautiful, mysterious, wild and free.
Menurut kapsyen Bunga, lautan merupakan tempat yang paling disukai oleh dirinya. Ini kerana, lautan merupakan salah satu anugerah Tuhan mampu memberi ketenangan di samping keindahannya. Meskipun Bunga kelihatan seronok menikmati pemandangan laut, segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap foto yang dikongsikan oleh Bunga itu.
Tolong hormati arwah suami
Alangkah baiknya kalau berpakaian sopan sedikit. Kasihanilah arwah suami.
Tolong tutup aurat Bunga, demi arwah Ashraf.
Tak salah untuk pergi bercuti, cuma jangan berpakaian sebegitu kerana ianya mendatangkan fitnah. Tolong ingat arwah suami.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi teguran buat Bunga agak menjaga auratnya sebagai seorang wanita. Tambah netizen, penyanyi tersebut perlu menghormati dan mengasihani arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair. Difahamkan, Bunga dan ‘TeamBcl’ bercuti di Pulau Bali, Indonesia. Menerusi Instagram Story Bunga, kesemua mereka dipercayai sudah pulang ke kediaman masing-masing.
Terdahulu, Bunga Citra Lestari bersama Ariel Noah turut menjadi tumpuan para netizen gara-gara adegan mereka berdua di dalam klip video ‘Mencari Cinta’. Ketika itu, BCL dilihat memeluk Ariel dari belakang dan ramai netizen tertanya mengenai kemesraan tersebut. Malah, ada yang turut menasihati Bunga supaya menghormati arwah suaminya.
Sumber: Bunga Citra Lestari