berita

‘Tolong Mana Yang Mampu’- Isteri Atu Zero Jahit Pelindung Kepala & Kaki Buat Kakitangan Hospital

March 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sejak berlakunya peningkatan kes wabak Covid-19 di Malaysia, peralatan perubatan seperti Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta beberapa keperluan lain dilaporkan tidak mencukupi. Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pelawak terkenal iaitu Atu Zero.

Menurut Shafeeqa Johari, ada seorang wanita telah memuat naik satu posting di mana dia memerlukan tukang jahit untuk membantunya menjahit pelindung kepala dan kasut. Sebagai individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang menjahit, Shafeeqa sukarela ingin membantu wanita tersebut.

Tolong saya cari kakak ni

https://www.instagram.com/p/B-KeH6gjdK-/

https://www.instagram.com/p/B-MFytojfIm/

Selepas melihat posting Nurul Izwani, Shafeeqa tertarik memberikan bantuan dengan menjahit kesemua peralatan pelindungan kepala dan kaki. Isteri Atu Zero ini juga berjaya mendapatkan nombor telefon Hospital Shah Alam yang memerlukan khidmat tukang jahit.

Tambahnya, walaupun dia tidak mampu menyumbangkan puluhan ribu ringgit, dia masih mampu bagi seluruh tenanganya untuk membantu mereka yang memerlukan. Di samping itu, dia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang boleh menjahit. Shafeeqa turut berkongsi kekangannya untuk mendapatkan fabric yang diperlukan.

Bukan nak jual

https://www.instagram.com/p/B-MeoM7DOSO/

https://www.instagram.com/p/B-M1Zxfjndl/

Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan, kebanyakan kilang telah menutup operasi mereka. Shafeeqa berharap mana-mana individu yang boleh membantu dapat memberikan pertolongan dengan segera agar beban para petugas di hospital dapat diringankan.

Dia juga yakin, jika masing-masing tolong-menolong di antara satu sama lain, semua masalah dapat dipermudahkan bahkan wabak yang melanda dapat dihapuskan. Video jururawat yang secara sukarela menjahit di hospital turut dikongsikan Shafeeqa di akaun Instagramnya.

Sumber: Shafeeqa Johari

SKIP THIS AD ×