berita

‘Tolong Tengok, Saya Ada Bawah Sungai’ – Sempat Tinggalkan Nota, Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Dalam Longkang

June 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang lelaki berusia 45 tahun ditemukan dalam keadaan tergantung dengan tali nylon yang turut terikat pada penahan longkang di Taman Cempaka, Jempol, pagi semalam.

Mayat tergantung dalam longkang

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut. Turut ditemui bersama mayat mangsa adalah beg silang serta botol kecil berisi cecair merah dipercayai metadon.

Seorang saksi yang dipercayai merupakan kenalan si mati memaklumkan mangsa ada meninggalkan motosikalnya di hadapan sebuah kedai milik saksi. Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai nota bertulis ‘Ah Wa, tolong tengok saya, saya ada di bawah sungai’ (telah diterjemah) yang ditinggalkan bersama motosikalnya.

Siasatan awal mendapati mangsa tiada sebarang rekod jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×