berita

“Tolonglah Jangan Search di Internet” – Nabila Huda Rayu Netizen, Amy Search Tak Puas Hati?

October 27th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

TV3 Malaysia

Baru-baru ni viral satu video menampilkan Nabila Huda yang menyeru kepada rakyat Malaysia supaya check dulu kesahihan sebarang berita kerana kebelakangan ni semakin banyak berita palsu yang dikongsikan di media sosial.

Tapi, yang lebih menggemparkan apabila Nabila dengan nada serius sempat merayu kepada netizen supaya tolong jangan search tentang satu perkara ni! Apa yang Nabila tak bagi search tu?

“Tolong..Jangan..Search…”

Kalau korang nak tahu, dalam video berdurasi 1 minit itu, Nabila merayu kepada netizen supaya jangan search Ayam Goreng Viral di internet. Hah? Dah kenapa pulak ni?

“Kalau viral nanti kedai ni habis, kedai tu habis! Haritu dah jadi! Saya nak beli pun susah! TOLONG. JANGAN. SEARCH!” sambung Nabila.

Amy Search pun ada! Phewittt..

TV3 Malaysia

Lebih menarik, di pertengahan video, tiba-tiba muncul lagenda rock tanah air, Amy Search yang juga bapa kepada Nabila Huda dengan muka serius bertanya kepada anaknya, “Eh Abil, kau cakap tolong jangan apa? Jangan search?”.

Nabila dengan muka cuak terus jawab, “Eh Pa! Abil cakap tolong search! Tolonglah search! Takde jangan”. Haa..tau pun takut!

Sebelum berlalu, Amy Search sempat lagi berpesan kepada Nabila supaya jangan balik lambat. Lol! Di akhir video, Nabila sekali lagi berbisik kepada kamera supaya tolong jangan cari Ayam Goreng Viral!

Kalau korang masih belum tengok video penuh, nah kami belanja kat bawah ni..

Video berdurasi satu minit ini telah mendapat lebih daripada 17,000 tontonan di YouTube.

Psst..Korang dah search?

TV3 Malaysia

Boleh tahan hebat penangan video Nabila Huda ni, sampai betul-betul viral!

Mesti korang pun terus search kan? Kalau dah, cuba korang share apa yang korang jumpa. Jangan lupa hashtag #AyamGorengViral sekali tau. Manalah tahu kita dapat result yang sama!

SKIP THIS AD ×