berita

Tomok Dapat Rezeki Yang Tidak Disangka Selepas Insiden Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku

April 11th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Minggu lalu, anak perempuan kepada penyanyi, Tomok telah menumpahkan pengilat kuku atau qutex pada beberapa baju dan seluar pakaian berjenama di sebuah butik pakaian terkemuka.

Berikutan daripada itu, Tomok terpaksa membayar ganti rugi hampir RM 6,000 disebabkan insiden tersebut.

Dapat rezeki yang tidak disangka

Walau bagaimanapun, Tomok bertindak menjual semula kesemua pakaian koleksi vintaj tersebut pada harga diskaun. Kejadian itu turut meraih perhatian ramai termasuklah rakan artis yang membantu membeli pakaian tersebut. Shuib dan usahawan, Anas Zahrin antara pembeli koleksi vintaj tersebut.

Menerusi temu bual, Tomok memberitahu dia meraih rezeki yang tidak terduga selepas kejadian itu.

Selepas kejadian, orang panggil saya untuk buat persembahan di Singapura, Kedah dan beberapa lokasi lain lagi. Saya dapat rezeki yang tidak disangka-sangka dan yang penting tawaran tersebut bayarannya lebih daripada kerugian yang saya hadapi. Jadi, tawaran kerja akan berjalan sehingga selepas raya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya.

Bercerita semula mengenai kejadian sebenar yang berlaku, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkata, selepas berbuka puasa bersama keluarga, isterinya membeli pengilat kuku berwarna merah jambu buat anak perempuannya, Siti Khadijah.

Meskipun melarang anaknya membuka pengilat kuku ketika mereka memasuki sebuah kedai pakaian, malang tidak berbau apabila botol tersebut terjatuh dan terkena beberapa helai pakaian.

Sebenarnya, sebelum masuk ke kedai tersebut untuk membeli seluar buat isteri, saya sudah larang dia (Siti Khadijah) membuka pengilat kuku tersebut.

Namun, pembantu rumah saya membantu dia membuka selepas diminta dan tiba-tiba tertumpah serta terpercik pula pada bahagian koleksi unik. Kesemua harga pakaian yang rosak tersebut mencecah RM 7,000 hingga RM 8,000 tetapi saya dapat diskaun.

Ujar Tomok lagi, dia dapat mengawal keadaan dengan baik dan menganggap kejadian tersebut sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati terutama ketika berada di tempat awam.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×