

Penyanyi, Tomok berkongsi sepotong video memaparkan dirinya sudah mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim bagi memulakan pengajian di peringkat ijazah sarjana atau ‘Master’.
Artikel Berkaitan: Tomok Bakal Sambung Master Di UPSI Secara Sepenuh Masa – ‘Perjalanan Baharu Buat Saya, Semoga Dipermudah’
Artikel Berkaitan: Tomok Bagi Peluang Dekat Anak Untuk Tonjol Bakat Dalam Konsert – ‘Sikit-Sikit Bolehlah, Belajar Jangan Lupa’
Hari pertama sambung Master

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail dilihat mengenakan baju kemeja lengan panjang berona hitam yang sememangnya menjadi pakaian rasmi pelajar kampus.
Tomok juga berkongsi proses pendaftaran termasuk menerima kad siswa, menghadiri orientasi dan melawat ke beberapa bangunan pengajian.
Pelantun lagu Arjuna itu melangkah masuk hari pertama ke UPSI ditemani oleh isteri, Rahayu Abas dan anak-anaknya.
Biasanya ayah, ibu hantar anak anak, ini terbalik pula. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik.
Dapat dilihat juga riak wajah Tomok gembira untuk meyambung pengajian dalam program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.
Sementara itu, rata-rata peminat yang singgah ke ruangan komen menitipkan kata semangat dan mendoakan perjalanan penyanyi itu di universiti dipermudahkan.
Sumber: Instagram








