Tahukan anda, sampah yang kita buang setiap hari sebenarnya boleh ditukarkan kepada benda berharga iaitu kompos. Kompos ni kalau dalam bahasa ringkasnya ialah baja. Salah satu cara mengurangkan sampah-sarap kita setiap hari adalah dengan kaedah ‘composting’, seperti yang dikongsikan oleh salah seorang pembaca kami di media sosial.
Apa yang menarik dengan kaedah ‘bokashi composting’ yang dipraktikkan beliau ialah ia akan menyenangkan kerja sebab tak perlu hari-hari keluar buang sampah. Tambahan pula, tak ada bau busuk bila buka tong sampah. Dan yang paling best, tak payah risau sebab tak akan ada ulat-ulat sampah yang menggelikan! Jom kita tengok cara ‘bokashi composting’ yang beliau kongsikan ini. Memang mudah dan boleh anda lakukan di rumah.
1. Tapis Sisa Makanan Yang Berair
Setiap hari, bila ada bahan makanan terbuang- contohnya kepala ikan, kulit ayam, kulit telur dan sebagainya, boleh simpan dan tapis supaya tak terlalu berair.
2. Buang & Ratakan Dalam Bokashi Bin
Lepas dah siap makan atau sebelum tidur nanti, taburkan sisa makanan tadi dan ratakan dalam Bokashi Bin.
Tong sampah ni kedap udara. Jadi, serangga tak boleh masuk. Dalam tong sampah ni ada lubang-lubang kecil untuk mengeringkan sisa makanan yang lembap – supaya kompos yang dihasilkan nanti kering dan tak basah.
Di depannya ada pili kecil. Kita boleh buka dari semasa ke semasa untuk keluarkan air yang terkumpul. Air yang dikeluarkan ni pun kita boleh gunakan sebagai baja tau.
3. Taburkan Bokashi Powder
Kemudian taburkan Bokashi Powder di atas bahan buangan tadi.
Kalau hari tu ada buang bahan yang tebal macam tulang atau biji mangga, letakkan lebih sikit Bokashi Powder tu untuk bantu proses penguraian.
4. Biar Selama 2 Minggu
Setiap hari ulang langkah yang sama sampailah tong sampah penuh.
Bila dah penuh, kita tutup dan biarkan 2 minggu untuk proses penguraian berlaku dengan lengkap.
5. Dah Jadi Kompos!
Lepas 2 minggu, dah dapatlah kompos.
Bau busuk? Not at all. Dia cuma ada bau masam manis sikit, macam fruity smell pun ada. Saya letak bawah sink dapur, zero smell. Memang memudahkan sangat.
Bila buat composting ni, tong sampah waste kami makin kecil. Seminggu 2 kali je buang sampah. Itu pun plastik kecil. Tak takut sampah keluar ulat sebab tak ada sisa makanan.
Menarik kan? Cubalah sendiri dan anda akan dapat merasakan impaknya pada rutin harian anda. Selain memudahkan, ia juga mesra alam. Rasanya dah tiba masanya rakyat Malaysia mengikut jejak langkah negara-negara seperti Jepun yang jauh terkedepan dalam bab-bab begini.
Pelaburan Hanya RM18 Sebulan
Saya bukanlah penjual Bokashi Bin ni, tapi saya beli dari Weimar Biotech. Saya dapat free delivery ke ofis sebab tak jauh. Kedainya di Kepong, dia boleh pos juga. Pos dia ialah kira-kira RM 10-20.
Harga set bin + 1 pack Bokashi Powder = RM 179 (starter pack)
Harga Bokashi Powder sahaja = 1 pek RM 18 (1kg)
Awal-awal saja keluarkan duit lebih sikit untuk beli bokashi bin. Lepas tu anda cuma laburkan RM18 setiap bulan untuk membuat kompos daripada sisa makanan. Dapatlah juga baja free untuk tanaman anda!
Ini linknya:
http://www.weimarbiotech.com/web/bokashi.php?select=4
*Ada yang cakap, Bokashi Bin ni boleh DIY. Memang boleh, tapi memerlukan pemahaman tentang konsepnya. Pastikan tong yang di DIY cukup kemas dan rapat untuk dapatkan ‘anaerobic condition’ . Kalau tak, makanan dalam tong akan berulat dan busuk.
Jadi bagi yang ingin mudah, bolehlah beli terus Bokashi Bin ini. Harganya berpatutan memandangkan ianya lifetime investment. Lagipun, tampak lebih kemas dan cantik di dapur.
Sama-sama Membantu Mengurangkan Pembuangan Sampah
Semoga dengan perkongsian ini, lebih ramai yang akan mulakan ‘composting’ di rumah. Sambil mengurangkan pembuangan sampah, dapat juga menyuburkan tanaman dan menjamin kebersihan dalam rumah. Berbaloi tu, semua dalam satu!
Sumber : Hanisah Azhari