berita

Tonjol Kisah Masyarakat Orang Asli, Saksikan Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3

August 24th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Menonjolkan tentang kehidupan masyarakat Orang Asli, drama Anak Sena akan bersiaran di slot Lestary TV3 bermula 26 Og0s ini menggantikan drama Hello Jangan Tapau Cintaku.

Drama bersiri 8 episod terbitan Kembara Sufi dan arahan Bahri Uma ini menampailkan barisan pelakon hebat tanah air antaranya Ben Amir, Shasha Abedul, Ruzaidi Abdul Rahman, Hadi Putra, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah.

Mahu anak berpelajaran

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Sena (lakonan Ruzaidi Abdul Rahman), tok batin berketurunan orang asli Bateq yang tinggal di pendalaman hutan tetap mementingkan pelajaran dengan menghantar anaknya, Wadi (lakokan Hadi Putra) ke sekolah. Setiap pagi, dia akan memandu bot membawa sejumlah murid – murid dari kampungnya meredah sungai hulu tembeling ke sekolah.

Bagi Sena, anak-anaknya terutamanya Wadi dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, timbuhan, akar kayu dan rotan.

Konflik tercetus apabila Cikgu Amir, lakonan Ben Amir memarahi Wadi kerana sikapnya yang sambil lewa dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Sejak kejadian itu, Wadi tidak lagi ke sekolah dan berbohong kepada ayahnya. Wadi akhirnya melarikan diri ke kota menaiki sebuah lori.

Adakah Sena bakal menjejaki Wadi? Mampukan Cikgu Amir menyesuaikan diri dengan kehidupan di kawasan pendalaman? Saksikan drama Anak Sena di slot Lestary TV3 bermula 26 Og0s, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

SKIP THIS AD ×