berita

Tonton CINEMA Tawar 4 Filem Cuma RM7.90 Sempena Hari Malaysia

September 15th, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Jadi, bersempena Hari Malaysia yang akan disambut esok, tonton CINEMA bermurah hati belanja penonton setia dengan pakej ‘movie bundle’ serendah RM7.90. Murah kan?

Empat filem menarik

Tawaran ‘movie bundle’ sah dari 13 September 2021 hingga 24 September 2021. Sebanyak empat buah movie yang layak untuk ditebus melalui laman web tonton CINEMA iaitu Ejen Ali, By My Side, Muhksin dan Talentime.

Bagaimanapun, tawaran ini terhad kepada 200 pembelian sahaja! Jangan lambat nanti terlepas.

Macam mana nak redeem?

Berikut adalah enam cara yang wajib diikuti untuk menikmati ‘bundle’ nilai menarik ini.

Pelanggan tonton CINEMA diingatkan agar membaca terlebih dahulu terma dan syarat sebelum mengaktifkan ‘movie bundle’ anda.

  • Filem yang dibeli atau ditebus melalui Kod Kupon hanya boleh ditonton dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian atau penebusan.
  • Sebagai peringatan, selepas penebusan atau tamatnya Kod Kupon, wang tidak akan dipulangkan dan tidak ada pertukaran yang dilayan oleh tonton CINEMA. Semua pembelian adalah muktamad.
  • Tonton CINEMA berhak untuk membatalkan, mengubah atau mengubah mana-mana terma dan syarat yang difikirkan perlu tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  • Dengan menyertai kempen ini, anda akan dianggap telah menerima semua syarat dan terma kempen ini tanpa syarat.

Apa tunggu lagi, langgan sekarang di https://cinema.tonton.com.my/.

SKIP THIS AD ×