berita

Tonton Gelagat Kelakar & Mencuit Hati Chazy Nash & Isteri Dalam S.O.S!

November 5th, 2018 | by Amat
Shout Out!

Siapa yang tak kenal dengan instafamous Chazynash yang sering menghiburkan kita dengan video lucu bersama isterinya di laman Instagram dan Youtube. Atas permintaan yang sangat positif, kini, pasangan suami isteri ini telah membintangi sebuah sitkom Sayang Oh Sayang (SOS) dibawah produksi ntv7.

S.O.S telah ditayangkan sebanyak 4 episod di ntv7 dan Youtube ntv7malaysia. Apa yang menariknya ialah Sayang Oh Sayang ini seolah macam filem seniman P. Ramlee! Nak tahu apa yang sama macam filem P. Ramlee tu, anda kena saksikan SOS ini sendiri.

Siapa insta-famous Chazy Nash?

Aduh siapa pula kena ‘scam’ ni?

Cabutan bertuah? Siapa yang bertuah tu!

Chazy Tipu Bini ? Siapa Intan sebenarnya?

Konsep ‘Break The Fourth Wall‘ jarang sekali diaplikasikan dalam mana-mana filem atau drama Melayu. Konsep ini menjadi signature seniman agong P. Ramlee dalam filemnya termasuk Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan banyak lagi.

Sayang Oh Sayang mengangkat signature P. Ramlee seiring genre komedi yang dibawa dalam setiap episod. Nak tahu apa lagi persamaan Sayang Oh Sayang dan filem-filem arahan Tan Sri P. Ramlee? Anda kenalah saksikan Sayang Oh Sayang setiap hari Jumaat, jam 10.30 malam di ntv7.

SKIP THIS AD ×