berita

Tonton I Can See Your Voice Malaysia Dan Menang RM2000! Mudah je, Ini Caranya

July 20th, 2019 | by Wan
Shout Out!

Rancangan paling popular di Malaysia, I Can See Your Voice musim kedua (ICSYVMY2) mendapat sambutan yang luar biasa oleh orang ramai setelah ditayangkan di TV3 bermula 23 Jun lalu. Gandingan pengacara yang kelakar gandingan Shuk Sahar dan Sean LJE buat penonton tak kering gusi.

So far siapa artis jemputan yang korang paling minat? Hael Husaini, Nabila Razali atau Khai Bahar? Istimewa buat semua penonton setia ICSYVMY2, korang semua berpeluang menang hadiah berjumlah RM2000 sambil menonton rancangan ini menerusi peraduan #ICSYVMYSuaraSiapaTu. Macam mana nak menang?

Tonton, Menang RM2000

Terdapat tiga penyanyi misteri di mana penonton perlu mengenal pasti siapakah penyanyi sebenarnya antara dua orang penyamar bersuara sumbang. Cara untuk mengenal pasti penyanyi sebenar adalah dengan menggunakan pembayang-pembayang yang akan ditayangkan di kaca TV.

Selain itu, korang juga boleh dapatkan pembayang ketiga menerusi radio. Terdapat tiga pembayang semuanya. Pembayang pertama dan kedua akan diberikan pada episod 5 (21 Julai 2019) dan episod 6 (28 Julai 2019). So korang kena stay depan TV, tunggu dan dengar betul-betul okay? Selepas episod ketujuh (4 Ogos 2019), pembayang ketiga akan diberikan di radio HotFM selama 1 minggu, dimana ia adalah suara penyanyi sebenar.

Bermula 12 Ogos, korang kena layari lama web xtra.com.my/icanseeyourvoice untuk menghantar jawapan padanan suara beserta slogan terbaik.  Seramai 5 orang yang bertuah yang memberikan jawapan tepat berpeluang untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000 setiap seorang. Nama pemenang akan diumumkan pada episod 11 (1 September 2019), episod 12 (8 September 2019) and episod 13 (15 September 2019).

Jadi tunggu apa lagi, jom tonton ICSYVMY2 untuk berpeluang menang wang tunai RM2000! Mungkin rezeki korang pulak kali ini kan? #ICSYVMYSuaraSiapaTu

SKIP THIS AD ×