berita

Tonton Jalin Kerjasama Dengan Animax + GEM, Terajui Anime Fest Plus 2024

April 22nd, 2024 | by Alia
Kini Trending

anime

Tonton sebagai platform penstriman utama telah mengumumkan kerjasama bersama Animax + GEM bagi menjayakan Anime Fest Plus 2024.

Acara tersebut bakal berlangsung dari 26 hingga 28 April 2024 di Pusat Konvesyen Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: Sertai My Game On! #KitaSamaLevel Eratkan Komuniti Gamers Dalam Dunia e-Sukan

Pengalaman lain dari yang lain

 

View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Anime Fest Plus 2024 anjuran Comic Fiesta yang disertai oleh Tonton dan Animax + GEM ini menampilkan pelbagai aktiviti untuk peminat anime yang tentunya tidak membosankan seperti sesi tayangan, pengalaman interaktif bersama peminat bagi setiap lapisan umur dan banyak aktiviti lagi.

Antara aktiviti bakal berlangsung sepanjang acara tersebut adalah:

Cabutan Bertuah Eksklusif: Pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah eksklusif dan memenangi hadiah menarik, termasuk barangan edisi terhad, memorabilia bertandatangan dari cosplayer, dan pengalaman VIP bersama cosplayer.

Where’s OO-Kun: Uji kemahiran pemerhatian anda dalam cabaran ‘Where’s OO-Kun’, dimana peserta boleh memenangi patung eksklusif OO-kun dengan mencari OO-kun, maskot Animax yang menawan hati di reruai disediakan. 

Sesi Beramah Mesra Secara Eksklusif: Beramah mesra dengan personaliti anime kegemaran anda dalam sesi eksklusif yang dihoskan oleh Tonton dan Animax. Temui cosplayer tempatan terkemuka seperti Miisa dan bawa pulang kenangan yang tidak akan dilupakan.

Sesi Bergambar Bersama Maskot: Bergambar dengan OO-Kun, Chu Chu dan maskot anime ikonik yang lain di photobooth yang tersedia. Nikmati keajaiban Anime Fest Plus 2024 dengan kenangan bergambar yang akan anda hargai.

Dalam pada itu, terdapat juga koleksi kandungan hiburan Jepun dan anime. Ia memberi peluang kepada para pengunjung untuk menerokai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan terutama tentang budaya animasi di Jepun.

Jangan lupa untuk sertai Tonton dan Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 hujung minggu ini! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Comic Fiesta dan ikuti Tonton dan Animax di media sosial.

SKIP THIS AD ×