berita

Top 10 Filem Yang Menghancurkan Bumi

December 21st, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Apa yang istimewanya, hari ini, iaitu bertarikh pada 21 Disember 2012 (21.12.2012) merupakan tarikh ramalan yang dikatakan akan berlakunya kehancuran bumi berdasarkan kiraan kalendar suku kaum Maya purba.

Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebagai umat Islam, kita seharusnya tidak boleh berpegang kepada sumber internet semata-mata, sebaliknya kita perlu merujuk kepada mereka yang lebih arif berkaitan perkara tersebut.

Secara umumnya, kebanyakan filem-filem masa kini banyak yang telah menceritakan tentang kemusnahan Bumi. Terdapat pelbagai perspektif hari kiamat yang telah diketengahkan oleh penduduk barat, antaranya adalah seperti serangan mahluk asing, perlanggaran objek daripada angkasa lepas seperti asteroid serta kewujudan bencana alam.

Oleh itu, disini pihak OHBULAN! telah menyenaraikan 10 filem Hollywood yang mengandungi eleman-eleman mengenai kemusnahan Bumi dan kesemuanya mempunyai perspektif serta jalan cerita yang lebih kurang sama.

Armageddon

Secara umumnya Armageddon merupakan sebuah filem yang menceritakan tentang kemusnahan Bumi berpunca daripada kejatuhan meteor daripada angkasa lepas. Filem arahan Michael Bay ini turut diselitkan dengan kewujudan badan berkuasa seperti National Aeronautics and Space Administration (NASA) di mana pihak tersebut telah mengarahkan sekumpulan pengerudi profesional untuk pergi ke angkasa lepas dan memusnahkan meteor daripada terus melanggar bumi. Meteor tersebut dijangkakan akan berlanggar dengan planet Bumi dalam masa 18 hari.

Independence Day 

Independence Day merupakan salah satu filem genre sains fiksyen yang mengisahkan tentang kemusnahan Bumi berpunca daripada serangan makhluk asing. Menerusi filem ini, terdapat sebuah kapal mahluk asing yang besar telah memasuki orbit Bumi.

Seorang juruteknik satelit rangkaian televisyen di Manhattan telah mendapati adanya signal tersembunyi dalam pautan satelit dan ia menunjukkan kononnya penghantaran tersebut digunakan oleh makhluk asing untuk menyerang serta menawan Bumi.

The Day After Tomorrow

Filem The Day After Tomorrow mengisahkan tentang bencana alam yang melibatkan banjir besar. Menerusi filem ini, pihak pengarah turut menyelitkan beberapa eleman bencana alam seperti hujan, angin taufan serta ribut kuat yang melanda sebuah bandar sehingga menenggelamkan semua rumah di sekitar New York City.

Banjir besar yang seakan-akan tsunami ini telah membuatkan seluruh penduduk bandar merasa panik dan lari bertempiaran untuk meyelamatkan diri masing-masing.

Deep Impact

Filem sains fiksyen ini mengisahkan tentang seorang ahli astronomi telah menyedari terdapat sebuah objek yang dikenali sebagai komet akan bertembung dengan Bumi. Pada masa yang sama, seorang wartawan mendapat tahu komet tersebut dikenali sebagai ‘Wolf-Biederman’ dan saiz komet tersebut dianggarkan sebesar 7 batu (11km) lebar, dan ia cukup besar untuk memusnahkan seluruh penduduk Bumi.

Berikutan fakta tersebut, pihak berkuasa telah menghantar krew untuk ke angkasa lepas dan memusnahkan komet tersebut. Dalam usaha untuk memusnahkan komet, pihak krew telah mengambil inisiatif untuk menggunakan bom nuklear, dengan harapan komet tersebut dapat dimusnahkan, namun begitu apa yang berlaku adalah sebaliknya. Komet tersebut telah dikatakan terbelah kepada dua bahagian dan kedua-duanya bakal mengancam keselamatan penduduk Bumi.

Transformer 

Transformer merupakan salah satu filem box office Hollywod. Pada dasarnya filem ini mengisahkan tentang serangan Bumi terhadap sekumpulan robot jahat yang datang dari angkasa lepas dan kewujudan robot-robot ini telah diklasifikasikan kepada dua jenis.

Menerusi sambungan filem Transmormer 2, pihak pengarah turut menyelitkan peperangan yang berlaku antara robot dan insiden tersebut telah mengancam keselamatan penduduk Bumi.

Darkest Hour

Filem ini menceritakan tentang serangan mahluk asing terhadap penduduk Bumi, di mana mahluk teresbut dikatakan akan memburu dan membunuh semua manusia. Pada awalnya makhluk asing tersebut hadir ke Bumi dalam bentuk cahaya dan mereka boleh mengesan kehadiran manusia menerusi aliran cas elektrik.

Sekumpulan anak muda telah mencipta sebuah senjata yang terdiri daripada eleman gelombang mikro yang dikatakan mampu melemahkan kuasa makhluk asing tersebut.

Doomsday

Dengan hanya mendengar nama filem semua masyarakat sudah boleh membayangkan filem ini semestinya menceritakan mengenai hari kiamat.

Secara umumnya filem ini menceritakan tentang penyebaran sejenis wabak virus yang dikenali sebagai ‘Reaper.’ Virus ini telah merebak secara meluas dan demi menyekat penyebaran virus tersebut, pihak berkuasa telah menjalankan aktiviti kuarantin terhadap individu yang telah dijangkiti.

2012

2012 merupakan sebuah filem yang berkisarkan tentang kejadian bencana alam yang melanda seluruh dunia, di mana ia menunjukkan seolah-olah dunia bakal menuju kearah kehancuran. Filem ini telah diilhamkan menerusi hipotesis kaum Maya purba yang meramalkan peristiwa kiamat bakal berlaku sekitar tahun 2012.

Menerusi filem yang dipaparkan, sebuah banjir besar akan berlaku dan bencana tersebut bakal menenggelamkan seluruh populasi manusia di muka Bumi.

The Avengers

The Avengers merupakan sebuah filem aksi yang mengisahkan tentang sekumpulan superhero yang dikenali sebagai Kapten Amerika, Iron Man, Hulk, Thor, Hawkeye serta Black Widow. Menerusi filem ini, pihak pengarah telah mengumpulkan kesemua superhero ini ke dalam satu kumpulan dan mereka dipertanggungjawabkan untuk menyelamatkan Bumi daripada seorang musuh yang menginginkan sejenis objek yang dikenali sebagai ‘Tesseract.’

Menerusi filem ini, ‘Tesseract’ merupakan sejenis objek yang difahamkan mampu memberi kekuatan atau kuasa luar biasa kepada pemiliknya. Objek tersebut turut berfungsi sebagai alat untuk membuka portal antara galaksi di angkasa lepas yang membenarkan penawanan makhluk asing ke muka bumi.

End Of Days

End Of Days adalah filem yang berbeza dengan filem-filem lain, di mana ia tidak melibatkan bencana alam, serangan mahluk asing mahupun asteroid. Filem ini menceritakan tentang gangguan kuasa jahat yang kononya dianggap sebagai syaitan dan mahluk ini dikatakan telah menganggu penduduk Bumi.

Syaitan ini disifatkan sebagai seekor mahluk yang boleh menyerupai pelbagai rupa. Berikutan gangguan-ganguan berkenaan, manusia terpaksa bersembunyi di dalam gereja dan pada ketika itu paderi dipertanggungjawabkan untuk melindungi manusia serta memusnahkan syaitan tersebut.

SKIP THIS AD ×