berita

Top 10 Google Trending Search 2023, HONOR Berada Di Tempat Kedua, Mengejar Apple!

January 4th, 2024 | by Anis Suraya
Kini Trending

2023 telahpun berlangsungkawa dan tentu sahaja ramai orang ingin tahu siapa dan apa yang sudah mencuri perhatian dalam tren pencarian di Google kan?

Terdapat pelbagai kategori yang disusun oleh Google antaranya adalah gajet, berita, acara sukan, TV series, tayangan filem dan pelbagai lagi.

Top 5 topik pencarian terhangat 2023

Ramai rakyat Malaysia mencari maklumat mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan tunai dari kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Tempat kedua adalah Isu Perang Israel di Gaza yang menarik perhatian bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia dan diikuti dengan ketegangan berkaitan Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di pencarian ketiga.

Sementara itu, isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendapat pencarian tertinggi untuk kategori “People” dan pencarian kedua tertinggi ialah Jocelyn Chia, seorang stand-up komedian Amerika Singapura.

Michelle Yeoh juga tidak ketinggalan dalam pencariaan top people di Google disebabkan isu gambar kaki bayi yang dipamerkan dan ramai orang menyangka itu adalah anaknya sebaliknya bayi tersebut ialah cucunya.

Untuk TV series, Till The End Of The Moon telah mendapat tempat pertama paling dicari tahun ini dan disusuli dengan series Perempuan Itu sebuah siri drama televisyen yang dibintangi oleh Mimi Lana dan Zul Ariffin.

Pencarian trending gajet jatuh kepada Honor X9b!

Kalau jenama iPhone menduduki carta pertama bukanlah sesuatu yang menghairankan. Tapi korang tau tak jenama peranti pintar yang menduduki tangga kedua membuat min takleh brain tau!!

Awal-awal min macam tak percaya tapi bila min search sendiri melalui Google trending 2023, terkejut min dibuatnya.

Honor X9b menduduki tempat kedua selepas iPhone 15 dan korang rasa kenapa eh Honor X9b mendapat tempat kedua? Haa meh min cerita dengan korang apa kelebihan telefon pintar yang satu ini.

Telefon pintar Honor X9b ini memiliki badan All Angle Ultra Tough dan tidak hanya dapat mengurangkan kebimbangan terhadap calar harian, tetapi juga berjaya menahan tembakan peluru paintball, menjadikannya antara telefon pertengahan jualan terbaik pada separuh tahun 2023.

Pilihan era baru: HONOR Magic V2!

Berita baik untuk peminat HONOR, ada sebuah lagi telefon yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.  

Ianya adalah telefon pintar yang boleh dilipat dan merupakan keluaran Honor yang terbaik dan juga telefon paling nipis dan paling ringan di dunia. 

Mesti korang teruja nak tahu kan? Jangan lupa untuk nantikan kemunculan info menarik ni tak lama lagi dan pastikan korang tidak terlepas dengan tarikh keluaran HONOR dengan klik di sini!

SKIP THIS AD ×