berita

Tourism Malaysia Tawar Pakej Percutian Harga Rendah & Diskaun Tiket Buat Penjawat Awam Serta Pesara Kerajaan!

November 23rd, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Admin OHBULAN 

Sejak kita dah dibenarkan merentas negeri dan pergi bercuti, boleh kata hampir setiap pusat peranginan sesak dikunjungi para pelancong di seluruh negeri. Memang lepas geram betul nampaknya setelah hampir 2 tahun hanya duduk di rumah!

Yelah, inilah masanya untuk kita bantu menaikkan kembali industri pelancongan setelah sekian lama menyepi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Berita baik buat penjawat awam dan pesara kerajaan, baru-baru ini Tourism Malaysia telah melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan dengan harga pakej pelancongan rendah sekaligus diskaun bagi tiket. Yeay!

Pakej istimewa dari Tourism Malaysia ni sebagai usaha tingkatkan pelancongan domestik

Kredit: Free Malaysia Today

Untuk pengetahuan korang, Program anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ni telah dilancarkan pada 31 Oktober 2021 oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Pakej serendah RM120 dan diskaun bagi harga tiket!

Yang lagi best, sehingga kini, sebanyak 457 pakej telah dibangunkan melibatkan produk-produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang tau. Bestnya!

Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2022. Haa..bolehlah korang rancang percutian sekeluarga tahun depan!

Selain pakej penginapan, para penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tiket sehingga 30%. 

Ini antara produk pelancongan yang tersenarai:

Kredit: Admin OHBULAN

  • Putrajaya
  • I-City Shah Alam
  • Genting Highland
  • Sky Bridge KLCC
  • Sky Mirror Kuala Selangor
  • Taman Negara Endau Rompin
  • Taman Negara Mulu
  • Royal Belum
  • Kilim Geoforest Park
  • Danum Valley
  • Wakaf Che Yeh
  • Taman Tamadun Islam dan banyak lagi

Kredit: Berita Harian

“Kita menyasarkan pelancaran pakej kali ini dapat menarik seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negara termasuk 1.2 juta ahli CUEPACS dan 700,000 pesara kerajaan”, jelas Dato’ Sri Hajah Nancy.

Beliau juga berharap supaya inisiatif ini berjaya menyemarakkan kembali pelancongan domestik sekali gus membantu pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19. 

Kalau korang nak tahu lebih banyak maklumat mengenai pakej-pakej yang ditawarkan, korang boleh layari laman web Tourism Malaysia di https://deals.malaysia.travel/deals.

Bercuti, bercuti juga, tapi jangan lupa jaga diri dan SOP tau!

SKIP THIS AD ×