berita

Tragedi Pantai Teluk Bidara, Kesemua Mangsa Berjaya Ditemukan

January 19th, 2020 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Empat sahabat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) hilang dihanyutkan ombak ketika bermandi-manda di Pantai Teluk Bidara pada Jumaat lalu (17 Januari 2020). Operasi mencari dan menyelamat telah giat dijalankan di lokasi kejadian. Sehingga jam 3 petang tadi, mangsa terakhir daripada empat sahabat itu telah berjaya ditemukan mati lemas dalam keadaan terapung pada jarak dua batu nautika dari muka Kuala Dungun.

Terdampar di pesisiran pantai

Menurut sumber Sinar Harian, mayat pertama yang ditemukan iaitu Muhammad Zul Fahmi Zuki berusia 21 tahun ditemui terdampar di Pantai Teluk Lipat, kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian.

Manakala, mayat kedua iaitu Muhammad Zul Fahmi ditemui oleh orang awam kira-kira 7 kilometer arah selatan dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Pantai Sura berhadapan Mayangsari Resort dalam keadaan terdampar di pesisir pantai.

Tergelincir sebelum ditarik ombak

Mayat ketiga daripada empat sahabat ini iaitu Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat tidak sampai sejam selepas penemuan mayat kedua, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan pada jam 12.17 tengah hari tadi (19 Januari 2020).

Mayat terakhir Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee berasal ditemukan terapung pada jarak dua batu nautika dari muka Kuala Dungun kira-kira jam 3 petang tadi. Amir Izzudin berasal dari Air Keroh, Melaka adalah atlet silat olahraga negeri itu.

Kesemua mangsa dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir sebelum dipercayai ditarik ombak. Kini, keempat-empat mayat telah dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian, BERNAMA