berita

Thursday Trailer : About Time, Mampukah Masa Mengubah Cinta?

August 14th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

5681-D015-00168-jpg_220055

Rasanya dah lama panggung wayang tak keluarkan filem bergenre romantik komedi kan? Kalau kita perhatikan sekarang ni filem-filem aksi lagi banyak memenuhi slot tayangan di panggung-panggung seluruh Malaysia.

Namun kali ini filem romantik komedi kembali menemui anda berjudul ‘About Time’ yang menampilkan Rachel McAdams yang pernah membintangi ‘The Notebook’ dan Domhnall Gleeson sebagai teraju utama di samping Tom Hollander dan Bill Nighy.

Filem ini menggunakan khidmat pengarah berbakat Richard Curtis yang pernah menghasilkan karya-karya hebat seperti ‘Four Weddings and a Funeral’, ‘Notting Hill’, ‘Bridget Jone’s Diary’ dan ‘War Horse’.

Kalau anda nak tahu, ‘About Time’ mengisahkan tentang kisah cinta antara Tim dan Mary yang tidak seperti kisah percintaan manusia normal.

Seawal usia 21 tahun, Tim (Domhnall Gleeson) telah didedahkan dengan satu rahsia keluarga oleh ayahnya. Rahsia itu membongkar keajaiban yang dimiliki oleh semua lelaki di dalam keluarga di mana mereka mampu kembali ke masa lalu dan mengubah apa yang terjadi.

OR_About Time 2013 movie Poster 1280x960

Sejak itu, Tim menggunakan kebolehannya untuk memikat hati Mary (Rachel McAdams). Namun begitu, perkara tak semudah yang Tim jangkakan. Walaupun dia boleh kembali ke masa lalu dan cuba membetulkan kesalahannya beberapa kali yang dia mahukan, takdir kehidupan tetap tak berpihak padanya.

Konflik bermula apabila masa menentukan yang kuasa cinta Tim ke atas Mary dah tak berkesan kerana Mary langsung tak mengingati yang mereka pernah bertemu. Walau dengan anugerah unik yang dimilikinya, Tim masih tak mampu untuk melawan takdir.

Apakah yang sebenarnya terjadi kepada Tim? Mampukah Tim membuatkan Mary jatuh cinta kepadanya semula atau mengalah sahaja?

Nantikan 3 Oktober ini untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan anda. Tapi sebelum tu, jom tengok trailer ‘About Time’ dulu.

SKIP THIS AD ×