berita

Trailer : Kick Ass 2, Pertarungan Antara 2 Kumpulan Superhero

August 13th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-08-06 at 1.01.09 PM

Anda masih ingat si gadis kecil, Hit Girl atau mungkin si penjahat kecil, Red Mist? Ouh ya, bagaimana pula dengan Kick Ass? Masih ingat dengan gelagat dan impiannya yang cuba untuk menjadikan dunia lebih baik?

Ya, filem Kick Ass 2 bakal menemui anda tak lama lagi di seluruh pawagam dan kami pasti anda sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal terjadi kan?

Berbeza dari filem Kick Ass pertama, filem sambungan ini bakal menampilkan lebih ramai superhero yang secara sukarela membantu Kick Ass. Namun, disebalik bantuan yang diterimanya, bukan mudah bagi Kick Ass untuk menjalankan tugasnya. Musuh lamanya iaitu Red Mist telah kembali semula untuk membalas dendam atas kematian ayahnya.

Disebalik harta dan kewangan yang kukuh, Red Mist telah menubuhkan kumpulan jahat yang dianggotai oleh orang-orang yang mempunyai rekod jenayah dan ganas. Tujuannya adalah untuk menghapuskan Kick Ass dan rakan-rakannya. Namun, mampukah Red Mist mengalahkan kumpulan superhero Kick Ass?

Screen Shot 2013-08-06 at 1.01.19 PM

Pertembungan diantara  Kick Ass dan Red Mist

Menariknya filem ini, Kick Ass 2 tetap menampilkan unsur komedi seperti filemnya sebelum ini yang pasti membuatkan para penonton tergelak dari awal sampai akhir filem ini.

Untuk pengetahuan, filem Kick Ass 2 bakal menemui anda dipawagam pada 29 Ogos ini. Antara barisan pelakon yang bakal membintangi filem ini termasuklah Aaron Taylor-Johnson, Chloe Grace Moretz, Christopher Mintz-Plasse, Morris Chestnut, John Leguizamo, Donald Faison dan juga Jim Carrey.

Mari tonton trailer Kick Ass 2 selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×