berita

Trailer : Need For Speed Bakal Turun Malaysia Mac 2014

September 26th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-09-26 at 10.49.07 AM

Para peminat tegar permainan konsol Need For Speed pastinya akan menarik nafas kegembiraan apabila mengetahui bahawa permainan konsol ini bakal mempunyai versi filemnya sendiri.

Jika sebelum ini, filem kereta lumba telah didominasi oleh francais The Fast and The Furious, nampaknya Need For Speed bakal mencantas takhta tersebut apabila filemnya bakal ditayangkan di seluruh dunia tak lama lagi. Dan untuk Malaysia, ianya bakal ditayangkan pada bulan Mac 2014.

Dilakonkan oleh Aaron Paul, Dominic Cooper, Ramon Rodriguez dan ramai lagi, filem ini mengisahkan tentang seorang mekanik kereta, Tobey, yang baru saja dibebaskan dari penjara kerana telah dikhianati oleh orang lain. Tobey kemudiannya mengambil keputusan untuk membalas dendam terhadap individu itu dan disinilah berlakunya aksi kejar mengejar yang pasti akan mengujakan anda.

Screen Shot 2013-09-26 at 10.47.27 AM

Antara kereta yang digunakan dalam Need For Speed

Screen Shot 2013-09-26 at 10.48.09 AM

Aksi kejar mengejar bersama Bugatti Veyron

Anda tonton saja trailer Need For Speed dibawah, bukan setakat ‘muscle car’, Bugatti Veyron pun turut digunakan untuk filem ini. Aksi kejar mengejar pula saling tak ubah seperti didalam permainan video Need For Speed. Menarik kan?

Jadi, apa kata anda? Mari tonton trailer selepas ini.

SKIP THIS AD ×