berita

#TrashChallenge Ini Yang Korang Patut Follow, Bukannya Challenge Tergedik-Gedik Berjoget

March 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Cabaran pelik di media sosial sering kali menjadi ikutan ramai terutamanya para remaja. Antara yang popular ialah ice bucket challenge, flip bottle challenge, invisible box challege dan macam-macam lagi. Terbaru, trending di Instagram cabaran #TrashChallenge yang mungkin korang boleh ikut.

Menerusi hashtag #trashchallenge yang mula viral sejak beberapa hari yang lalu, ramai pencinta alam yang mengambil peluang untuk terut serta. Antara cabaran yang korang kena lakukan ialah bersihkan kawasan yang tercemar dan buat perbandingan gambar tempat tersebut. Bagus jugak cabaran macam ini kan?

Bersihkan kawasan hutan

Kedua-dua foto ini menunjukkan pemuda itu masing-masing membersihkan sampah sarap yang bertaburan di kawasan hutan. Foto yang dimuat naik ini menunjukkan kawasan itu sebelum dan selepas dibersihkan oleh pemuda itu.

Bersihkan kawasan sungai

Rata-rata pengguna di Instagram menyahut cabaran ini dengan positif dengan melakukan pembersihan sungai dan kawasan yang dipenuhi sampah sarap secara berkumpulan.

Bersihkan kawasan bukit

Sekumpulan lelaki membuat trash challenge di kawasan bukit yang sebelum ini penuh dengan sampah sarap dan kemudiannya telah dibersihkan demi menyahut cabaran ini.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×