berita

Pasangan Ini Kongsi Pengalaman Travel Ke IndoChina Cuma Naik Vespa Klasik!

December 20th, 2018 | by Shafika
Travelogue

Seringkali kita mendengar apabila sesorang itu ingin melancong ke luar negara, mereka akan menaiki kapal terbang. Namun, pernah tak anda terfikir untuk melancong ke luar negara dengan hanya menaiki vespa klasik?

Seorang jejaka, Ayie Kechix kongsi pengalaman beliau bersama pasangannya melancong ke sempadan negara China hanya menaiki vespa klasik. Siapa sangka vespa klasik yang selalu dipanggil besi buruk mampu travel sejauh itu.

Kesinambungan ride yang lepas

Vespa Classic Couple Ride Adventure Touring to IndoChina
  • Ride kali ini adalah kesinambungan ride yang lepas seperti Mae Hong Son (2016) dan Golden Triangle(2017). Kali ini kami berempat ingin mencuba sesuatu yang baru di Negara Laos.
  • Vespa yang kami gunakan ialah vespa sprint 150 keluaran tahun 1973 dan juga vespa Px200 yang ramai orang cakap hanya sesuai untuk ke pasar dan surau sahaja. Besi buruk katakan 
  • Saya dan isteri bergerak dari kuala lumpur ke Koh samuii bersama sentul scooter service seramai 12 biji manakala sahabat saya bersama isteri bergerak dari banting selangor ke Hua Hin.
  • Selepas selesai misi konvoi di koh samuii 3D2N saya dan isteri menuju ke Bangkok dan bersama kembali dengan sahabat saya di Saraburi Thailand

Route yang dilalui

Routes yang kami lalui sepanjang perjalanan ini ialah :

Kuala Lumpur 
Kebun 500 Kedah
Bukit Kayu Hitam 
Koh Samuii 
Hua Hin  
Bangkok
Saraburi 
Khon Kaen 
Nongkai (border thai-Laos)
Vientiane
Vang Vieng
Kasi 
Luang Prabang
Boten (Border Laos-China)
Luang Namtha
Chiang Khong (Border Laos-Thai)
Chiang Rai
Chiang Mai
Bangkok 
Hatyai  
Penang
Kuala Lumpur

Cabaran ketika travel

Tempoh pengembaraan : 3 Minggu
Jarak perjalanan : 4K++ KM
Budget : RM3K++ (untuk hotel,makan,minyak,2T,train,dokumentasi,paw ?, dan lain2)

Cabaran di Laos ialah :
-kesukaran mendapatkan makanan halal
-keadaan muka bumi yang bergunung
-keadaan jalan yang berdebu,rosak,berlubang,berlumpur dan sebagainya
-jalan licin dan merbahaya, jatuh tergolek di gunung kasi dan juga di Boten sukar untuk mengawal vespa.
-permandangan di Laos tersangat cantik dengan gunung ganang dan sungai yang jernih. Suasana sejuk sepanjang perjalanan.

  • Alhamdulillah tiada sebarang major problem pada vespa kami walaupun sudah berusia lanjut dan membawa bebanan berat termasuk isteri ?
  • Terima kaseh saya ucapkan kepada rakan2 yang mendoakan kami. Saya berharap semoga catatan saya ini dapat menaikan semangat rakan2 yang lain untuk kembara bermotor terutama bercita-cita membawa isteri ala2 honeymoon ride.

Terima kasih

Terima kaseh jugak kepada :

-isteri saya Nurra Shida yang sanggup mengikut ke mana saya dan menjadi co-pilot sepanjang perjalanan. Syukur kepada Allah kerana diberi isteri yang memahami hobi gila husband.

-pasangan touring saya Hapizu Husain dan Dida Omar sanggup ON last minute dan melayan karenah kami sepanjang perjalanan

– Manie Za selaku mekanik Sentul Scooter service untuk setting engine padu untuk touring. “Its tuned for touring” dan juga family,sahabat Sentul Scooter Service

– geng small bike big dream Muhammad Afiq Bujang untuk panduan routes dan nasihat

-big thanks to Aimpro Samudra,Roslin Kummin,Aminuddin Mohd Isa ,Johnson Lee,Diny Sabri Aziz PG Time Opprotunity Vespa Samui Sakai Hunter dan juga lain-lain yang banyak menolong dan memberi ilmu tentang dunia touring.
-terima kaseh kepada page ADVENTURE TOURING MALAYSIA ( AtM ) yang banyak memberi input untuk ride kali ini.

Jika free boleh lah share-share lah yer dan boleh juga rujuk di laman facebook saya tentang pengembaraan ini. Terima Kaseh

#vespaburukshiedayie
#fieyzugotravel
#sentulscooterservice
#sss
#vespancut
#maniestrong
#vespamalaysia
#vespathailand
#vespalaos
#indochina
#Atm
#advanturetouringmalaysia

Sumber: Ayie Kechix